Featured By: Atiqah Johari April 19, 2023 @ 4:20pm

“Kami Sendiri Terkejut” – Tular Video Bergaduh Di Kedai Karpet, Adam Lee, Sweet Qismina Tampil Buka Mulut

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan pelakon Adam Lee bergaduh dengan seorang individu lain di kedai karpet milik pelakon Dazrin Kamarudin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Insiden Adam Lee Bergaduh Di Kedai Karpet, Dazrin Kamarudin Tegaskan Bukan Gimik & Promosi – “Tak Ada Kena Mengena Langsung…”

Susulan itu, Adam tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan memuat naik kenyataan di Instagramnya.

Katanya, dia diberi tugas untuk ‘prank’ isterinya, Sweet Qismina dalam sebuah program namun tidak mempunyai kata setuju untuk diterbitkan untuk tujuan pemasaran.

Malah, Adam menegaskan bahawa dia dan isteri tidak ada kena mengena dengan ‘marketing’ yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut dengan apa yang terjadi.

Susulan itu, Adam dan Sweet memohon agar tiada lagi spekulasi negatif dibuat berdasarkan video tersebut dan meminta pihak yang terlibat untuk memadam dan memperbetulkan semula kenyataan.

Bukan itu sahaja, Adam juga tidak mahu dirinya dan isteri dipaparkan begitu kerana mempunyai imej untuk dijaga melainkan mempunyai persetujuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 May 2018

加州惊见「火彩虹」专家:这是美丽的幻觉!

近日美国一名跑者在加州萨利纳斯山谷(Salinas Valley)东部顶尖国家公园(Pinnacles National Park)拍下了超罕见、俗称「火彩虹」(Fire Rainbow)的「日承」现象。

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Trending Sat, 26 Jun 2021

Keputusan STPM 2020 Diumum 1 Julai Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021. Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 […]

Hiburan Thu, 26 May 2022
Trending Tue, 25 Jan 2022

Tawaran CNY tonton CINEMA: Sewa 1 Filem Korea dan Percuma 1 Filem Cina!

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina atau Lunar New Year, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik kepada pelanggan setianya iaitu sewa satu filem Korea, percuma satu filem Cina. Untuk melayakkan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang […]

Featured Thu, 27 Apr 2023

Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke Jannah 💗

Hiburan Sat, 17 Jun 2023