“Kami Sudah Buat Keputusan” – Demi Anak-Anak, Puteri Sarah & Syamsul Mahu Berbaik

Umum mengetahui mengenai konflik rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof yang menjadi tumpuan ramai.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Sarah mengakui telah mencapai kata sepakat untuk mengakhiri masalah mereka dengan berbaik.

“Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada ‘plot twist’ lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik,” katanya.

Kata Sarah, mereka mengambil keputusan untuk menamatkan krisis rumah tangga ini demi kebaikan anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.

“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” ujar Sarah kepada Harian Metro.

Artikel Berkaitan: “Soal Itu Saya Sudah Tutup Ramadan Lalu & Kini Mulakan Hidup Baru” – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Mahkamah Sahkan Perkahwinan Tak Dapat Diselamatkan, Arah Syamsul & Puteri Sarah Fail Dakwaan Lafaz Dua Kali Cerai

Artikel Berkaitan: Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari