Kantoi Keluar Bersama, Sufian Suhaimi Didakwa Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang?

Penyanyi Sufian Suhaimi didakwa kembali menjalin hubungan bersama bekas tunangnya yang dikenali sebagai Rania Al Sadat selepas beberapa potong video pendek tular di platform TikTok.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu, kelihatan dua individu yang kelihatan persis seperti penyanyi itu bersana teman wanitanya sedang beratur untuk membeli makanan.

“Akhirnya bertaut kembali,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Kehadiran kedua-dua pasangan itu ditempat awam bagaimanapun mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bahkan, ada yang mendakwa, itu bukanlah kali pertama mereka dilihat bersama memandangkan sejak Hari Raya Aidilfitri lalu, kedua-duanya kelihatan membuat posting makan ditempat yang sama dan mengenakan baju berwarna sedondon.

“Serius lah.

“Dah get back ke?

“Tapi dari haritu lagi… Sebab ada post makan tempat sama, baju warna pun sama,” komen netizen.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pelantun lagu Di Matamu itu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai status hubungannya bersama Rania.

Sekadar info, pada Oktober 2023, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania, namun mengesahkan hubungan mereka terputus pada Mac lalu dan kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing.

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

17 hours ago