Hiburan By: SGMS Faida November 4, 2018 @ 11:27am

Karakter Anak Zarina Zainuddin Jadi Sumber Rujukan

Pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Nad Zainal di Anugerah Skrin 2018 mengaku agak sukar membawa watak sebagai gadis autisme.

Menerusi telefilem Fatonah Azali, Nad memberitahu dia menjadikan anak pelakon Zarina Zainuddin sebagai sumber rujukan.

“ Saya kaji dan jadikan karakter anak Kak Zarina (Azal, Azil) sebagai rujukan. Saya mahu watak itu nampak betul-betul hidup dan bukan seperti direka.

“ Bukan senang kerana perlu bermain dengan emosi yang berat. Pada awalnya memang susah tetapi dah dapat rentak, semuanya okay,” katanya ditemui selepas pengumuman pemenang Anugerah Skrin 2018 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Fatonah Azali mengisahkan Azali (Redza) yang akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah meninggalkan tempat itu selama tujuh tahun.

Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam (Zaibo), baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Fatonah (Nad), yang jauh lebih muda darinya.

Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Betulkah Mengandung? Gurau jer…

Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan tetapi mengandung ke tidak…..

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Trending Mon, 11 Apr 2022

“Ibu Saya Beri Idea…” – Chubb-E Kecewa Adegan Panas Wanita Separuh B*gel MV Rambang Dipotong

Chubb-E kecewa adegan aksi panas di video muziknya terpaksa dipotong selepas menerima kecaman netizen.

| Live TV

error: Content is protected !!