Events By: Salma Syahbuddin September 11, 2019 @ 11:29am

Karisma Jelajah Suria Curi Tumpuan?

Persembahan pembukaan daripada tujuh penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin semestinya mencuri perhatian pengunjung yang datang ke Karisma Jelajah Suria yang diadakan di Central i-City, Shah Alam. 

Sumber : www.xtra.com.my

Malah, persembahan artis popular seperti Ruffedge, Dayang Nurfaizah dan Exists turut mendapat sorakan gemuruh daripada peminat yang memenuhi ruangan acara Karisma Jelajah Suria.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin sambutan di lokasi pertama ini sangat luar biasa sekaligus mengucapkan ribuan terima kasih  kepada peminat yang datang menyokong dan membanjiri lokasi pertama siri Karisma Jelajah Suria.

“Alhamdulilah, sambutan sangat memberangsangkan dan untuk lokasi seterusnya di Kuantan, Pahang pada 14 September ini tentunya Suria berharap dapat menghiburkan peminat dan pendengardi kawasan Pantai Timur sekaligus dapat merasai kemeriahan Karisma Jelajah Suria tahun ini” Katanya.

Terdapat beberapa kelainan yang ditonjolkan dalam siri jelajah kali ini antaranya ialah, penganjuran pertama pertandingan mewarna dengan kolaborasi bersama Majalah Kuntum untuk menarik minat pendengar-pendengar cilik dan ibubapa.

penyertaan pertandingan karaoke yang dinamakan KiraOke Suria menerusi Instagram @suriamalaysia turut mendapat sambutan hangat bagi merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Karisma Jelajah Suria seterusnya akan menemui peminat di Kuantan Pahang pada 14 September ini yang turut melibatkan penyampai-penyampai Suria dan artis-artis seperti Ezad Lazim, Ara Johari, Siti Nordiana, Black, Amir Masdi, Tajul, Fareez Fauzi, Ariff Bahran, Azzara Band, Mimi Manan, Muna Shahira, Zack Zakwan dan Tuah Adzmi.

Pengunjung yang hadir boleh turut serta dalam aktiviti pentas yang menawarkan hadiah berupa wang tunai dan barangan eksklusif Suria.

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi Karisma JelajahSuria, Suria FM menawarkan siaran langsung acara tersebut menerusi kesemua frekuensi Suria dan Live Update menerusi platform digital Suria Malaysia.

Karisma Jelajah Suria seterusnya akan ke Pantai Timur, Selatan dan Utara tanah air pada tarikh dan lokasi seperti berikut :

  • 14 September 2019 Kuantan City Mall, Pahang
  • 21 September 2019 Angsana Mall, Johor Bahru
  • 28 September 2019 Aman Sentral, Alor Setar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Peminat Indah Ruhailah, jangan risau Indah masih aktif menyanyi okay!

Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Hiburan Fri, 5 Jan 2024