Kolaborasi buat pertama kalinya antara Azmi Saat (Caliph Buskers) dan penyanyi rap, Daly Filsuf iaitu anggota kumpulan Ahli Fiqir ini muncul dengan lagu terbaru mereka berjudul, Kata Juang.
Lagu ciptaan Awad dan liriknya adalah hasil kerjasama Awad dan Razy ini sebenarnya, menceritakan tentang perjuangan kita sebagai manusia di muka bumi yang pastinya dikelilingi dengan fitnah yang semakin berleluasa. Sarat dengan nasihat dan pesanan, lirik lagu ini dianggap begitu deep tetapi masih mampu difahami. Ianya juga begitu menarik kerana, dipersembahkan dengan arrangement muzik yang agak cathcy.

Kolaborasi pertama Azmi Saat (Caliph Buskers) dan penyanyi rap, Daly Filsuf
Lagu Kata Juang yang baru sahaja dilancarkan pada 25 Januari 2018 dengan hanya berdurasi 3 minit 36 saat ini, sudah pasti mempunyai peminatnya tersendiri.
So, kepada peminat muzik tanah air teruslah menyokong lagu Kata Juang, kolaborasi cipta dan dominasi ini ya!