Hiburan By: SGMS Faida October 3, 2018 @ 1:30pm

‘Kau Artis Ke Kau Siapa, Ada Aku Kisah?’, Kokom Sentap Dengan Penyanyi Senior?

Siapa yang tak kenal dengan Kokom kan? Pemuda yang cukup terkenal dengan penghasilan video mengandungi mesej ‘menusuk kalbu’. Memang padu beb!

Baru-baru ini, Kokom ada menghasilkan video bertajuk Islam Yahudi! (Bobo Di Mana) di mana Kokom memainkan watak lelaki yang sedang ‘sekolahkan’ seorang ‘wanita jadian’.

Kalau kita tonton balik video berkenaan, memang aucchhhh kan? Namun begitu, bukan semua yang setuju dengan apa yang Kokom cuba sampaikan.

Ini termasuklah penyanyi dan pengacara terkenal, Adibah Noor.

Menerusi laman Twitter Adibah, dia menganggap video itu kelihatan trashy & stupid (sampah & bodoh). Namun dia menegaskan, itu hanyalah sekadar pandangan peribadinya. 

Rata-rata netizen mengkritik kenyataan penyanyi itu. Malah Kokom sendiri menerusi laman Facebooknya menulis, dia menjangka komen yang lebih berakal dan beragama dari seorang artis lebih senior.

 Bila SENIOR ARTIST pun kata video nasihat eLGBTee tu “STUPID AND TRASHY”

“ Saya expect komen yg lebih berakal dan beragama dr seorang artis senior. Dalam hidup ni kita ada dua cermin. Cermin agama dan cermin dunia. Jangan cermin sangat dunia tu nanti kita kena telan bumi baru kita tahu nak menyesal tk sempat taubat.

“ Kasarnya kokom ni. Sorry bro, bab agama, aku mmg tegas.. Better aku dikecam sebab bela agama dari dipuji tapi Allah tk redha. Kau kata lah aku apa. Kau artis ke kau polis ke.. Ada aku kesah?

Ps: maaf kak dibah, you could say I’m stupid and I’d be fine with that. But as a muslim, i don’t it’s fine to say the message (hukum) is stupid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] First Time Pergi Dobi Layan Diri, Nora Danish Teruja – “This Is Fun Actually!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal Nora Danish di platform TikTok yang memaparkan dia sedang merakam suasana sebuah dobi di Perlis, baru-baru ini. Menurut Nora, ini merupakan pengalaman pertama dia ke dobi layan […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini adalah hasil pertemuan mereka ketika berada di Seoul, Korea

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini