“Kau Nak Jual Kereta Atau Jadi Orang Tengah?” – Baby Shima Marah Siapa?

Marah betul penyanyi Baby Shima apabila keinginannya untuk membeli kereta baharu telah bertukar menjadi insiden yang kurang menyenangkan.

Penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini mendedahkan bahawa beberapa hari lepas dia telah ke satu showroom untuk melihat kereta yang ingin dibeli dan telah menyerahkan segala dokumen berkaitan bagi pembelian kereta tersebut. 

Kemudian, jurujual showroom tersebut telah menghubunginya untuk menawarkan posisi duta kereta kepada Baby Shima lalu satu perbincangan telah diadakan di antara penyanyi tersebut, pengurusnya dan jurujual itu di restoran A&W.

 

Namun lain pula yang jadi, apabila jurujual itu berkelakuan seperti ‘orang tengah’ dan sebenarnya ada agenda tersembunyi. 

“Nak berniaga buat cara berniaga! Saya tak nak buruk sangka! Korang fikirlah sendiri ya..Nak dijadikan cerita, kelmarin Shima datang showroom kereta…Tengoklah kereta… Kemudian dokumen dah bagi semua, jadi hari ni jurujual telefon nak ajak jumpa konon nak tawar jadi duta, jadi kita pun jumpalah lepas promo.

“Masa meeting kat A&W diskus cantik je! lalu masa pengurus  Shima pergi tandas, tinggallah Shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta Shima datang seorang diri saja, nak deal dengan Shima je konon sama Dato..padahal waktu mula-mula jumpa dengan pengurus cakap lain..sekarang lain pula!” tulis Shima.

Shima merasakan ada sesuatu tak kena apabila jurujual hanya berani menyuarakan cadangan itu apabila pengurus Shima tidak berada dengannya. Menegaskan bahawa dia bukan perempuan murahan, Shima tidak lagi berkeinginan untuk membeli kereta tersebut dari showroom berkenaan. 

“Maaf saya bukan perempuan murahan ya..Itu bukan cara kerja sebenarnya! Mana professionalism korang? Macam ni ke cara kerja syarikat besar?

“Banyak lagi Audi R8 dan Mustang kat KL ni! Dari minat nak beli jadi menyampah! Kau nak jual kereta atau jadi orang tengah!” tegas Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli. 

 

Sumber foto: Instagram @babyshimaofficial

Del14