“Kau Pernah Menang Award Tak? Konklusinya Saya Queen, Case Dismissed!”- Fathia Latiff Cetus Provokasi, Persoal Kredibiliti Zahirah Macwilson Dalam Industri Seni

Pelakon sensasi Fathia Latiff kelihatan enggan mengalah apabila dilihat sengaja mahu mencetuskan provokasi terhadap pelakon Zahirah Macwilson dengan memuat naik beberapa foto miliknya ketika menjadi penghias muka hadapan beberapa majalah tempatan termasuklah anugerah yang pernah diraihnya sebelum ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik aktres drama rantaian popular, Ariana Rose itu menerusi hantaran di Instagramnya, sebentar tadi.

“Have you ever been on more than 10 magazine covers, no? So, shut up.

“Do you have a film? That too with 20 over million views? No? So, STMFU,” tulisnya.

Tidak habis di situ, Fathia turut memuat naik fotonya ketika memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas sekaligus mempersoalkan kredibiliti Zahirah dalam dunia lakonan.

“Kau pernah menang award tak? Conclusion, saya… Queen. Case dismissed,” kongsinya.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ruangan komen hantaran tersebut telahpun dipadam selepas warganet tampil mengutuk tindakan Fathia yang dianggap tidak matang.

Salma Syahbuddin