Featured By: Halimey Zamal October 25, 2022 @ 9:18pm

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok.

Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada ibu sendiri yang mengatakan bibir Azhan tebal.

“Aku tetap salahkan  genetik mak pak aku,” tulis pemuda tersebut di ruangan kapsyen.

@azhanmohdjafri1aku tetap salahkan genetik mak pak aku 🥲♬ original sound – a’an

“Dengan bibir tebal macam bibir…” kata ibu Azhan terhadap anak lelakinya itu.

Lebih meghiburkan, kata-kata si ibu dibalas semula oleh Azhan yang cuba untuk mempertahankan diri dari terus menjadi bahan jenaka ibunya.

“Diamlah, kau yang lahirkan aku genetik bibir tebal, duk bercium je kerja,” jelas lelaki tersebut kepada ibunya.

Namun begitu, tindakan lelaki tersebut juga menerima beberapa kecaman netizen gara-gara meninggikan suara walaupun hanya untuk bergurau.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat si ibu yang sporting melayan anak lelakinya serta mendoakan agar hubungan keluarga itu sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan lebih 138,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Wed, 12 Apr 2023
Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Trending Thu, 30 Apr 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Kenapa Agaknya Nama Baby J Jadi Bualan Netizen?

Wah! comel betul Baby J kan? Serupa nama yang diberi

Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

error: Content is protected !!