Kawan-Kawan Jadi Penguat Semangat – Hael Husaini

Bagi Hael Husaini kejayaan yang dikecapinya menerusi lagu-lagu ciptaan dan nyanyian nya tidak mungkin menjadikan beliau seorang yang akan melupakan kawan-kawan.

Bagi penyanyi lagu yang popular menerusi lagu Jampi ini, beliau tidak akan melupakan rakan-rakannya yang sentiasa berada di samping beliau sepanjang perjalanan karier beliau selama 10 tahun sebagi anak seni.

“Popular atau tidak, saya tidak akan melupakan rakan-rakan yang berada di samping saya. Saya mahu kekal merendah diri dan menjadi insan yang sama seperti dahulu. Mungkin perjalanan karier saya selama 10 tahun membuatkan saya rasa begitu. Kawan-kawan menjadi penguat semangat dan saya mahu kekal menjadi Hael yang sama.” Jelasnya

Walaupun Hael tidak pernah meletakkan tahap populariti beliau, namun Hael menjadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih kuat dalam menghasilkan karya yang bermutu seiring dengan kehendak peminat di Malaysia.

“Saya sendiri pun tidak tahu jika saya popular. Bila orang kata begitu saya bersyukur sahaja dan perkara tersebut menjadi salah satu pembakar semangat untuk saya berkarya. Saya mahu berusaha dengan lebih kuat menerusi karya yang saya hasilkan serta lagu nyanyian saya untuk memukau peminat di luar sana.” Kata Hael yang ditemui ketika majlis perlantikannya sebgaai duta wangian 8TO 8 bersama Siti Elizad.

Sejak menjadi duta 8TO8 ni, Hael turut mengakui keberkesanan produk tersebut kerana beliau sendiri menggunakannya.

Salma Syahbuddin