Hiburan By: SGMS Faida November 28, 2019 @ 1:25pm

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Penyanyi wanita bertubuh genit berbakat besar yang sinonim dengan muzik bergenre hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda, 28, kembali dengan video muzik terbaharu berjudul ‘Macam-macam’.

Dilancarkan beberapa minggu yang lalu, single ini dicipta dan dihasilkan oleh Lucka Sickta kolaborasi bersama Kayda sendiri. Single ‘Macam-macam’ merupakan lagu rap solo pertama dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris oleh beliau.

Bermula secara suka-suka seawal usia 13 tahun, Kayda menggemari penyanyi hip hop antarabangsa seperti Missy Elliott, Ak’Sent dan TLC. Memilih kerjaya sebagai penyanyi rap di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan beliau telah pun mengorak langkah secara profesional pada usia 21 tahun,

“Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai genre muzik, dan genre R&B serta hip hop menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya berasa seronok mendengarnya. ‘Macam-macam’ merupakan luahan saya secara peribadi yang saya terjemahkan dalam bentuk lagu dan membawa maksud kematangan saya sebagai seorang wanita.

“Saya juga ingin mengajak para wanita di luar sana agar lebih berani dan kuat dalam menghadapi pelbagai jua rintangan.

“Selain membawa mesej memperkasakan wanita, kaum Hawa jangan mudah cair dengan kata-kata manis sang Adam dan mampu berdikari dalam membuat sebarang keputusan hidup.

“Sebagai wanita, kita juga mempunyai kelemahan diri tetapi jangan biarkan ia menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita,” kata Kayda. 

Bercerita mengenai pembikinan muzik video ‘Macam-macam’, “Proses penggambaran tidak memakan masa yang lama kerana team pengurusan dan krew sudah tahu shot apa yang dikehendaki.

“Memandangkan saya juga rap dalam bahasa Mandarin, saya ingin ketengahkan elemen Oriental melalui dekorasi yang gah di Hotel Federal dan membawa simbolik seorang maharani dalam generasi sekarang yang lebih kendiri, perkasa dengan nilai-nilai adat Timur.

“Selain itu, saya juga ingin ketengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia melalui video muzik ini di mana kita mampu hidup bersama dalam keadaan yang harmoni akan tetapi masih menghadapi masalah yang sama di zaman yang serba moden ini.

“Saya berharap penggemar lagu hip hop di luar sana akan terhibur dengan buah tangan terbaharu daripada saya ini.,” katanya.

Muzik video lagu ‘Macam-macam’ boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube ‘Kayda’ dan juga boleh dimuat turun di iTunes serta semua syarikat telekomunikasi tempatan sebagai nada dering panggilan dan boleh dinikmati melalui penstriman atas talian seperti iTunes, Spotify, Deezer, Joox dan Apple Music. Layari saluran YouTube ‘Kayda’ untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Hiburan Fri, 4 May 2018

Apa Motif Sajat Peluk Erat Fasha Sandha?

Tapi, apa motif Sajat  memuat naik gambar lama beliau bersama Fasha? Adakah, muat naik gambar tersebut cuma sekadar sebagai penghargaan beliau terhadap rakan baiknya itu?

Featured Wed, 3 May 2023
LIFESTYLE Mon, 26 Mar 2018

Song Hye Kyo Leaves Laneige for Sulwhasoo

The famous actress is no longer the brand ambassador for Laneige!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

MILIKI SENJATA? UNIC DITAHAN

UNIC telah berangkat ke Syiria bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia sejak 5 hari yang lalu. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka disana.