Hiburan By: SGMS Faida June 2, 2019 @ 1:31pm

Kecewa Tiada Tawaran Berlakon, Reza Hasbi Ambil Upah Pasang Siling Rumah

Selepas dilihat kecewa dengan industri lakonan, pelakon Reza Hasbi mengambil inisiatif melakukan kerja lain seperti mengambil upah membuat siling rumah.

Tambah pelakon Dia Menantu Rahsia ini, dia tidak segan dengan kehidupannya kerana sedar di mana dirinya suatu ketika dahulu.

“Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. Walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya.. 

“Aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.. Ni mase aku takde job sebelom pose hari tu, aku ambik upah buat siling rumah org.. 

“Nampak tak atas kepala aku tu.. Itu la hasil tangan aku.. Aku tak malu berpakain seperti itu.. Aku tak malu badan aku bau ketiak.. Aku cari rezeki utk anak isteri aku..

Tambah Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah menyatakan dia sudah memaafkan individu yang telah melempar kata kesat terhadapnya.

“Jangan disebabkan perkataan aku rase macam nak mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati.. 

“Aku maafkan dengan senang hati sbb ramai sangat yang membantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Reza meluahkan kekecewaanya di laman Instagram selepas tidak menerima bayaran daripada sebuah produksi yang tertunggak sejak lima bulan lepas.

Ini membuatkan Reza berterus-terang dengan anak-anak dia tidak tidak mampu untuk membeli kelengkapan perayaan buat anak-anak dan isterinya, Rosedarlila apabila tidak lagi menerima tawaran lakonan sejak dua bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Siapa Mr N Di Hati Kaka?

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Kaka selepas putus dengan Rody suatu ketika dulu. Baru-baru ini, Kaka membuka mulut mengenai hubungan baru dengan seorang jejaka baru dalam hidupnya. Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi […]

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

Kita doakan yang terbaik untuk Lufya & suami…

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar. Aduhai…kenapa sampai begitu sekali. Perlu ke seorang kawan berbuat macam itu?

Featured Fri, 19 May 2023
Featured Wed, 8 Sep 2021

Kelonggaran Pergerakan Antara WP Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Mulai 10 September

Lembah Klang bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia akan berkuat kuasa bermula Jumaat, 10 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah […]

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Siapa 12 Artis Wanita Dalam Lagu Terbaru MarK Adam?

Wah tak sabar nak dengar lagu Amnesia Mark ni!