Kejayaan Neelofa Berkat Doa…?

Hubungan rapat pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Nor dengan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bukanlah rahsia. 

Sering mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya yang kerap mengembara atas urusan kerja, ramai yang dambakan ibu seperti Datin Kartini yang selalu mengingati anak-anak dan mend0akan yang terbaik buat mereka. 

Kemenangan Neelofa baru-baru ini di Monte Carlo, Monaco apabila menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco, menambahkan rasa bangga dan syukur Datin Kartini terhadap rezeki anaknya itu. 

Baca: Tahniah Neelofa Menang Lagi, Kali Ini Di Monte Carlo Pula!

“Masha-Allah Taniah..Syukur Ya Rabb dengan kurniamu Masha-Allah tiada kata yang dapat diucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa..

“Janji Allah sesiapa yang membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa,” kongsinya. 

Datin Kartini yang memanggil Neelofa dengan panggilan manja Love turut mendoakan agar selamat pulang ke Malaysia selepas beberapa minggu merantau dan memenuhi undangan di serata dunia. 

“Moga Allah kabulkan segala doa love, capaikan segala hajat love dan sempurnakan segala cita-cita love..

“Selamat pulang ke Malaysia love, moga Allah kurnia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dengan sihat dan bahagia, juga di angkat darjat love setinggi-tingginya.. Amiin Allahumma Amiin,” luah ibu Neelofa ini. 

Kedua-dua ibu dan anak ini juga merupakan usahawan yang hebat dan baru-baru ini mereka telah bergandingan untuk menghasilkan lip-matte jenama Young & Glow X Neelofa yang telah pun dilancarkan.

Baca: Gandingan Hebat Kolaborasi Ibu Dan Anak, Young And Glow X Neelofa

Del14