Kejelitaan Inca Medina Tarik Perhatian, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Menantu Malique – “Cantik, Senyuman Sama!”

Sekian lama menyepikan diri, penyanyi rap popular Malique mendedahkan wajah terkini anak perempuannya, Inca Medina kepala khayalak umum.

Puterinya, Inca muncul dalam muzik video lagu Sedih Hati versi akustik yang baru sahaja dilancarkan.

Pada awal muzik video berkenaan, Inca bersama tiga lagi pemuzik yang terlibat memakai penutup muka yang hanya menunjukkan bentuk mata dan mulut.

Namun, di penghujung video itu, mereka membuka topeng penutup muka tersebut, tampil mendedahkan wajah serta peranan masing-masing dalam muzik video tersebut.

Inca puteri Malique menggesek biola dalam lagu Sedih Hati versi akustik yang menggabungkan nyanyian suara allahyarham Mona Fandey.

Video tersebut kemudian tular di platform TikTok sehingga meraih pelbagai reaksi peminat-peminat Malique atau lebih mesra disapa Mr. General.

Ramai terpesona melihat kejelitaan Inca Medina yang saling tidak tumpah mempunyai senyuman manis seperti bapanya.

Ada segelintir netizen yang mencuit hati apabila tampil berani ‘mempromosikan’ diri untuk menjadi suami kepada Inca.

Berdasarkan tinjauan XTRA, video akustik Sedih Hati berada di carta nombor dua ‘trending music’ di platform YouTube dengan meraih sebanyak 266,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan hampir 1,000 komen.

Sekadar info, Malique merupakan bekas ahli kumpulan Too Phat ini menghilangkan diri dari radar industri hiburan sejak 2017.

Bagaimanapun, setiap karya keluaran Malique sentiasa menjadi penantian peminat-peminatnya yang cukup terkenal menerusi lirik lagu yang mendalam dan tersirat.

Malique mendirikan rumah tangga bersama bekas pelakon Melissa Maureen Rizal pada Ogos 2008.

Artikel Berkaitan: “Lain Macam Vibes Lagu Ni, Seram Tapi…” – Tampil Kreatif, Malique ‘Berduet’ Dengan Mona Fendy Dalam Sedih Hati

Aqilah Paharuzi