Acara By: Fatin Nurain September 22, 2022 @ 2:38pm

Kekal Hangat Anjur Kempen Baharu, Misteri Lagu ‘Di’ Hot FM Tawar Sebahagian Daripada RM10,000!

Hot FM telah menerima sambutan yang hangat dari pendengar ketika kempen Piknik Hot dijalankan di beberapa negeri, pada 20 Ogos  2022 sehingga 10 September 2022 yang lalu.

Kempen ini dengan hasil kolaborasi bersama syarikat Gardenia dengan membawakan konsep yang lebih santai dan diadakan di ruang terbuka seperti taman sekitar Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuantan.

Kempen ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada pendengar rasa lebih dekat dengan Hot FM serta artis jemputan.

Pendengar yang bertuah akan membawa wang tunai sebanyak RM1,000 dengan membeli produk Gardenia minimum RM10 dan layak untuk menyertai cabutan bertuah yang berlangsung di segmen Bekpes Hot pada hari Isnin berikutnya.

Selain daripada penyampai radio Hot FM yang turut serta seperti Johan, Fara Fauzana, AG, Ayu, Fizi Ali, Fad & Imran Aqil acara ini juga turut dimeriahkan oleh artis jemputan tanah air seperti Kaka Azraff, Aman Aziz, Neeta Manisha, Nikki Palikat, Ronnie Hussein, Nuha Bahrin, Naufal Azrin dan ramai lagi.

Malah, Hot FM juga terus menghangatkan pendengarnya dengan membawakan kempen Misteri Lagu “Di” Hot FM di mana mereka berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM10,000 yang telah bermula pada 12 September 2022 sehingga pada 30 September 2022.

Kempen tersebut memerlukan pendengar menjadi pemanggil terpantas, teka tajuk lagu serta penyanyi menerusi petikan lagu yang ada perkataan “Di” dan berpeluang menangi wang hangat bersama dari pagi hingga malam.

Menurut Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM Nik Nor Azura, kempen itu juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar kerana teruja untuk merungkai misteri lagu tersebut.

“Kita dapat lihat penyertaan yang memberangsangkan kerana pendengar-pendengar teruja dan geram untuk merungkai misteri lagu Di ini. Mereka turut mengumpul clue harian bagi mendapatkan jawapan yang betul dan seterusnya memenangi wang terkumpul yang semakin meningkat setiap hari.

“Bukan itu sahaja selepas ini Hot FM akan terus menyajikan isi kandungan serta kempen yang interaktif buat pendengar yang sentiasa menyokong dan mendengarkan kami.

“Kami akan terus memberikan wang tunai untuk kempen yang akan datang serta acara sukan atau fizikal yang akan melibatkan pendengar, penyampai juga selebriti.

“Kami juga akan terus berkolaborasi bersama organizer untuk konsert-konsert yang bakal diadakan di Tanah Air,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.hotfm.audio untuk mengetahui maklumat lebih lanjut serta mendengar Hot FM  bersiaran secara langsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 18 Oct 2019

Konsep Experience of The Future meriahkan Hari Turun Padang McD

Anda perlu lalui sendiri pengalaman mudah ini!

Events Fri, 21 Jun 2019

Giliran ‘Swan Lake’ Ke Kuala Lumpur, Jom Ke Istana Budaya Bermula 26-28 Julai!

Sebuah persembahan yang perlu ditonton, jom layari www.myticket.asia untuk pembelian tiket!

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪

Trending Fri, 15 Jan 2021

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Kita doakan semoga ekonomi negara masih boleh dipulihkan!

Trending Sat, 17 Aug 2019

Tun M Buat Kejutan di Pagi Sabtu?

Jangan merokok, jangan minum alkohol, makan bersederhana dan jom naik basikal, kata Tun M.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Trending Wed, 19 Aug 2020