Kekal Tenang Hadapi Konflik Hak Penjagaan Anak… Mizz Nina Terbang Ke London, Sebar Dakwah Dalam Tour ‘Deep In The Dunya’

Aktivis kemanusiaan dan selebriti sensasi, Mizz Nina terus tenang menghadapi konflik hak penjagaan anak angkat, Musa bersama bekas suami, Noh Salleh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mizz Nina atau nama Shazrina Azman memaklumkan dia bakal membuat ‘tour’ untuk menyebarkan dakwah bersama beberapa rakan yang lain.

Dalam hantaran tersebut, Mizz Nina meluahkan rasa teruja pertama kali membuat kelas dakwah di negara terkemuka itu.

“Alhamdulilah, I have arrived to London and am excited to announce my first sisters only U.K tour called “Deep in the Dunya.”

“I will be amongst a line up of amazing sisters who have inspired me. We will be visiting 5 cities including London, Birmingham, Leicester, Cardiff and Bradford.

“To all my sisters looking to join this amazing event, I invite you all to get your tickets via @wearetwenty6 I look forward to seeing you all in sha Allah. Share the khayr with your family friends!,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Mizz Nina dan Noh Salleh hangat menjadi perbualan ramai di media sosial ekoran kemelut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.

Malah, keadaan menjadi lebih hangat selepas ibu kandung Musa, Athira mendedahkan segala pendedahan Noh berhubung isu tersebut sama sekali tidak benar.

Mizz Nina menarik semula kes penjagaan anak di Mahkamah Syariah Shah Alam serta mendakwa Musa trauma dan seakan tidak terusua ketika berada di bawah jagaan Noh.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh mengambil Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Jepun atas urusan kerja.

Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Berjauhan Tapi Boleh Tinggal Untuk Ke Luar Negara?” – Individu Pertikai ‘Statement’ Mizz Nina, Respons Noh Salleh Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Ibu Kandung Musa Dakwa Kenyataan Noh Salleh Tidak Benar – “Dia Suruh Saya Block Mizz Nina”

Artikel Berkaitan: Fynn Jamal Dakwa Tahu Hal Sebenar Isu Anak Angkat Mizz Nina, Noh Salleh Komen: “Haa Kebenaran Sudah Keluar”

Artikel Berkaitan: “Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Artikel Berkaitan: Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

Aqilah Paharuzi