Kekal Tenang Selepas Kena Tangkap Basah, Ruhainies Mohon Berhenti Buat Spekulasi – “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

Pelakon kontroversi Ruhainies tampil mengulas spekulasi berkenaan dia telah ditangkap basah bersama aktor, Aliff Aziz di kediamannya, kelmarin.

Peka dengan situasi yang berlaku, Ruhainies menyatakan terdapat beberapa spekulasi yang kurang tepat namun, memilih untuk memberikan penjelasan nanti.

Dalam pada itu, pelakon yang juga kawan baik kepada Bella Astillah itu berharap agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi.

“Assalamualaikum. Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan disemua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan disini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.

“Walaubagaimanapun saya ingin memohon maaf
kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham.
Insya-Allah,” tulisnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ruhainies menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs).

Terdahulu, tular sebuah rakaman cctv yang menunjukkan kelibat Aliff dan Ruhainies di lobi kediaman tersebut selepas kontroversi khalwat itu tercetus.

Fatin Nurain