Hiburan By: Salma Syahbuddin July 12, 2019 @ 11:44am

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Mesti ada yang terkejut siapa agaknya gerangan kekasih lama Juliana Evans kan? Sebenarnya, ini adalah cerita bagi drama terbaru lakonan beliau berjudul Mimpi Sabrina.

Gandingan mantap Juliana Evans, Erwin Dawson, Josiah Hogan, Tasha Shila, Amy Mastura dan ramai lagi artis berbakat ini akan menemui penonton setia slot Lestary bermula 11 Julai ini hanya di TV3!

Mimpi Sabrina mengisahkan tentang percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Bagaimanakah agaknya kehidupan Sabrina selepas dipisahkan dengan Fahrin dan dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan)? Adakah betul Fahrin kembali menagih cinta Sabrina? Bagaimana pula dengan Ridhuan setelah mengetahui Fahrin telah dibebaskan dari penjara? 

 

Jangan lupa untuk menonton drama Mimpi Sabrina setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, hanya di TV3! Atau korang boleh menonton di tonton.com.my dan LIVE TV www.xtra.com.my serta Youtube TV3Malaysia Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu

Featured Thu, 11 Nov 2021

Bengang Sampai Menggigil Tahan Marah! Wanita Sedih Bila Mekanik Bawa Lari Enjin Kereta

Kisah seorang wanita membuat lawatan mengejut ke bengkel untuk melihat kereta kesayangannya apabila mekanik kereta itu memberikan pelbagai alasan mendapat perhatian. Apa yang mengejutkan, wanita itu tidak menyangka dia melihat bahagian dalam kereta miliknya dilarikan […]

Featured Tue, 20 Feb 2024
Events Thu, 21 Feb 2019

Spotify Gets You Ready for BLACKPINK’s World Domination

Aren’t you excited for the upcoming weekend?

Hiburan Thu, 23 May 2019

Tayang Jam Tangan Ratusan Ribu, Apa Komen Alif Satar?

Sebelum ini, jam tangan Aliff menjadi bualan hangat netizen apabila hasil pencarian menunjukkan jam tangan tersebut bernilai RM121,000