Kelakar! Gelagat Kak Lina Pom Pom ‘Bergolek’ Gara-Gara Tersingkir Buat Ramai Geli Hati – “Dia Terlebih Makan Gula Ke?”

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein tampil meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya menari sehingga ‘bergolek’ dalam sebuah program nyanyian televisyen, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh peminat menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menyanyi lagu Menuju Puncak gara-gara tersingkir dengan markah diberikan para juri.

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai, Kak Lina sakan menyanyi sambil berjalan menuju belakang pentas sehingga baring dan bergolek di atas lantai.

“Vibes menyanyi kemain sopan, tiba part kena singkir, berdekah aku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@tengku_meerqeen Vibes nyanyi kemain sopan.. tibe part kne singkir dekah aku.. rina n kepom mantap #malaysia #indonesia #artismalaysia #bigstage2023 #rinanose #kaklinapompom ♬ original sound – tengku_raden

Bukan itu sahaja, ada juga seorang pengguna di TikTok memuat naik sebuah video ‘behind the scene’ Kak Lina menari bergolek di belakang pentas.

“Tersingkir punya pasal. Behind the scene, ya ampun,” tulisnya.

@riwvnpv Tersingkir punya pasal. Behind the scene hahah Hahahha ya ampun #kaklinapompom #bigstage2023 ♬ minang kocak – ijul_ab

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Kak Lina malah ada yang mengatakan mereka menggemari Kak Lina dan Rina sebagai ‘host’ berbanding peserta pertandingan.

“Sakit perut gelak tengok Kak Lina malam ni. Dia terlebih makan gula ke? Lawaklah Kak Lina ni.

“Letih la. Jap sampai sekarang aku tak kenal peserta-peserta ni. Kenal 2 orang host ni je. Jarang orang happy sebab tersingkir,” komen netizen.

Nurul Hana