Kelakarnya! Buat Parodi Puteri Islam, Janna Nick & Suami Bikin Ramai Berdekah – “Tak Sangka Dini Terlebih ‘Masuk Air’

Aksi pelakon, penyanyi dan bekas pengacara Melodi, Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann mencuri perhatian selepas peminat mereka berkongsi video parodi ‘Puteri Islam’ di TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi 29 saat itu, Janna dan Dini kelihatan memakai pakaian berona sedondon, kuning gelap.

Bagaimanapun, Dini hanya menutup kepalanya dengan tuala seolah-olah memakai tudung persis pelajar Puteri Islam.

“Maleh la ajak dia tiktok,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini, rata-rata peminat tidak menyangka bahawa Dini juga seorang yang kelakar dek kerana kelihatan bersungguh-sungguh melakukan aksi parodi tersebut.

Bahkan, ramai yang memuji sikap Dini yang sporting melayan karenah isterinya.

“Nampak sangat Dini dah senior Puteri Islam, Janna junior je,baru join tu step terkejar-kejar.

“In character betul Puteri Dini ni. Lawak!

“Comelnya husband and wife ni. Sampai penat gelak.

“Puteri Dini tudung pendenk sangat ni.

“Aku ingat Janna dah cukup ‘masuk air’, rupanya Dini pun sama naik juga,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 3 juta tontonan dengan menerima lebih 200,000 tanda suka.Aksi pelakon, penyanyi dan bekas pengacara Melodi, Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann mencuri perhatian selepas peminat mereka berkongsi video parodi ‘Puteri Islam’ di TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi 29 saat itu, Janna dan Dini kelihatan memakai pakaian berona sedondon, kuning gelap.

Bagaimanapun, Dini hanya menutup kepalanya dengan tuala seolah-olah memakai tudung persis pelajar Puteri Islam.

“Maleh la ajak dia tiktok,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini, rata-rata peminat tidak menyangka bahawa Dini juga seorang yang kelakar dek kerana kelihatan bersungguh-sungguh melakukan aksi parodi tersebut.

Bahkan, ramai yang memuji sikap Dini yang sporting melayan karenah isterinya.

“Nampak sangat Dini dah senior Puteri Islam, Janna junior je,baru join tu step terkejar-kejar.

“In character betul Puteri Dini ni. Lawak!

“Comelnya husband and wife ni. Sampai penat gelak.

“Puteri Dini tudung pendenk sangat ni.

“Aku ingat Janna dah cukup ‘masuk air’, rupanya Dini pun sama naik juga,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 3 juta tontonan dengan menerima lebih 200,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin