“Kelakarnya Minta Mak Bapak Ajar Anak Masih Bayi Berzikir”- Isu Acah bermain Drum Hiburkan Anak, Netizen Back Up Fuad Rahman

Tindakan penyanyi Fuad Rahman menghiburkan anaknya, Anggun baru-baru ini mengundang rasa kurang senang terhadap segelintir netizen.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Fuad kelihatan seakan bermain drum bagi menghiburkan anak bongsunya itu.

Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati melihat tindakan penyanyi itu mengajarkan anaknya bermain muzik berbanding mengajarkannya berzikir dan melantunkan doa.

“Insaflah Bapak oii… Ajarkan anak yang baik-baik. Doa dan zikir mulakan dengan yang baik-baik.

“Cubalah ajar ank tu berzikir kan lagi bagus,” komen netizen.

Bagaimanapun, tidak melatah dengan komen yang diberikan, isterinya yang juga penyanyi Tom tampil menjawab tuduhan tersebut dengan berkongsi beberapa video menunjukkan rutin harian Fuad bersama Anggun.

“Rutin harian lepas solat mesti Abang Fuad letak baby dekat riba dan bagi dengar Asma Ul Husna dan zikir,” balasnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tampil mempertahankan Fuad dan menganggap tindakan tersebut bukanlah baru dalam kalangan masyarakat.

Bahkan, mereka berpendapat bukan semua perkara harus dipamerkan di media sosial.

“Takkanlah 24 jam kita nak kongsi dengan anda semua. Apalah netizen ni.

“Abaikan je lah mulut-mulut longkang ni. Takkan semua Tom dan Fuad nak tunjuk.

“Kelakar ye minta mak bapak ajar anak masih bayi berzikir. Itu cara mak bapak bonding dengan anak mereka, biarlah… Gila ke apa netizen ni.

“Siapa yang suruh insaf tu aku rasa mereka ni tak ada anak. Sekali sekala apa salahnya hiburkan diri dan anak bukannya buat benda merapu,” komen netizen.

Salma Syahbuddin