Hiburan By: Salma Syahbuddin January 28, 2018 @ 5:47am

KELUARGA SETUJU, WALAUPUN SANGGUP AMBIL RISIKO – YUNA

Selepas sahaja majlis akad nikah penyanyi cantik dan berbakat besar ini diumumkan kepada media, ramai wartawan dan peminat Yuna tidak henti-henti menyatakan perasaan kagum mereka terhadap pelamin pasangan ini. 

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai Alias, mereka terpaksa melalui sedikit cabaran apabila memilih garden wedding sebagai tema perkahwinannya kerana, bagi Yuna tema garden wedding sudah lama diimpikannya.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya impikan sebuah garden wedding dan saya gembira apabila semalam ia menjadi kenyataan. Ahli keluarga saya pada mulanya menentang idea tersebut kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana perubahan cuaca dan sebagainya. Tapi akhirnya mereka bersetuju dan berani mengambil risiko. “

Yuna mengakui, bahawa majlis pernikahannya bermula agak lewat sedikit kerana hujan namun bersyukur kerana pernikahannya itu berjalan dengan sangat lancar dan cukup sempurna. 

Yuna turut mendedahkan kenapa beliau memilih Adam Yousof Sinclair sebagai pasangannya kerana menurut Yuna, pemuda itu memiliki sepasang mata yang cantik selain mempunyai perwatakan yang sangat cool, memahami dan mereka berdua mempunyai banyak persamaan.

“Kami sebenarnya banyak persamaan dari pelbagai segi dan itu membuatkan saya selesa bersamanya. Adam juga tahu untuk membuat saya berasa selesa dan dia seorang yang sangat cool selain sentiasa memahami dan bersikap positif. Tapi yang paling penting, Adam mempunyai sepasang mata yang cantik.” Jelasnya.

Pasangan sama cantik ini bakal diraikan di PICC, Putrajaya pada Ahad.

Dalam pada itu, Adam turut mendedahkan sebelum ini dia tidak pernah mengambil berat terhadap karier muzik seorang ‘Yuna’ sehinggalah menonton persembahan beliau menerusi satu program popular di Amerika iaitu Conan O’Brien Show. 

Tambahnya lagi, peluang berkerjasama dalam satu projek iklan televisyen pada tahun 2013 lalu membuatkan dia ingin mengenali Yuna dengan lebih rapat.

“Ketika bekerjasama untuk iklan televisyen itu saya bertindak sebagai pengarah dan hampir 12 jam bersama di set penggambaran membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Walaupun ketika itu hubungan kami atas dasar profesional namun tiada wanita yang bertahan dengan saya hampir seharian membuatkan Yuna istimewa. Dia sangat istimewa dan mempunyai hati yang sangat baik dan itu membuatkan saya menyukai tentangnya walaupun dia adalah selebriti terkenal.” Ujarnya.

Yuna dan Adam Yousof ketika sesi sidang media di PICC

Pasangan ini ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC. Dan bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di sini pada 28 Januari 2018. 

Apapun, kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah sekali buat Yuna dan Adam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

DFKL 2019! Kenapa Korang Patut Layan Telemovie Resort Berhantu

Siapakah mayat yang ditemui? Benarkah itu sebenarnya mayat Rosalinda? Ataupun ini merupakan “balas dendam” daripada Rosalinda? Sama-sama kita saksikan telemovie menarik ini!

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Rush Hour 3 Bakal Ada Sambungan, Apa Kata Jackie Chan?

Tapi untuk Rush Hour 4, bila-bila sahaja saya bersedia. Tahun depan!,

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Dayang Sayang Peminat

Wah, hebat sungguh Dayang!

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

12 FIlem Bakal Diterbitkan Dalam Tempoh 24 Bulan Untuk Bantu Industri

Perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang telah ditandatangani oleh dua pihak iaitu Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment. Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared […]

Featured Sun, 18 Dec 2022
Hiburan Thu, 28 Feb 2019