Kembali Aktif Di Instagram, Rizky Billar Dihujani Doa Positif Peminat

Selepas terkait dengan kes keganasan dalam rumah tangga pada September lalu, nama Rizky Billar kembali menjadi bualan di media sosial hari ini.

Ini selepas suami kepada penyanyi dangdut Indonesia, Lesty Kejora itu akhirnya kembali aktif di laman Instagram selepas sekian lama mendiamkan diri sejak dilaporkan terlibat jenayah keganasan rumah dalam rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, Rizky memuat naik 2 keping foto yang memaparkan dia dan Lesty bersama anak lelaki mereka, Muhammad Leslar.

Dalam hantaran tersebut, Rizky menulis sebuah Quote Aesop yang diterjemahkan dalam bahasa melayu.

“Setiap kebenaran memiliki dua sisi, penting untuk melihat keduanya, sebelum kita memutuskan untuk menerima salah satunya,” tulis Rizky di ruangan kapsyen.

Namun tidak sampai 30 minit hantaran itu dibuat, ruangan komen Rizky itu dihujani dengan kata-kata semangat oleh rakan-rakan dan para pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar rumah tangga pasangan itu sentiasa dilindungi dan kembali bahagia.

Malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat Rizky agar sentiasa menjaga keluarganya agar diberikan kebahagian dalam berumah tangga.

Awal Oktober lalu, Rizky Billar ditahan oleh pihak polis selepas disahkan sebagai suspek kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh Lesti Kejora namun akhirnya dibebaskan selepas isterinya menarik balik laporan polis.

Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Khairil Khusyairi