Kembali Bergelar Isteri? Ini Respons Nadia Brian – “Tak Letak Kriteria Tinggi Tapi…”

Biarpun baru berdepan episod perceraian, pelakon Nadia Brian memberitahu dia tidak menolak sekiranya kembali bergelar isteri dan berumah tangga.

Menurut laporan Berita Harian, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia tidak mencari pasangan dalam waktu terdekat sebaliknya mengharapkan mendapat pasangan yang baik.

Kongsi Nadia lagi, dia mementingkan perihal agama dalam mencari pasangan hidup kerana mahu menjadi insan yang lebih baik.

“Saya masih single, tetapi sudah tentu saya terbuka, tetapi tidaklah mencari jodoh. Saya juga memilih bukan dari segi rupa, tetapi saya mencari pasangan yang boleh menyokong antara satu sama lain.

“Apa yang penting adalah agama. Sebab saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.

“Itulah impian saya. Saya tidaklah meletakkan kriteria yang tinggi, cukuplah kukuh tiang agama.

“Saya juga mengharapkan perkahwinan kedua ia akan kekal sampai bila-bila. Doakan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Suri Hati ini teruja apabila bakal menjayakan drama bergenre aksi kerana ia adalah impiannya sebagai pelakon.

“Saya membawakan watak ejen wanita dan ia juga membabitkan adegan aksi. Alhamdulillah, impian menjayakan drama bergenre aksi akhirnya tercapai.

“Saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza dan menjayakan watak aksi adalah antara impian sebagai pelakon.

“Jika saya mempamerkan lakonan yang baik dan seterusnya mungkin ada lagi,” kongsinya.

Untuk rekod, Nadia Brian sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muizz Nasruddin pada April 2021 selepas beberapa bulan berdepan isu pergolakan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi