Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2024 @ 1:23pm

“Kembalikan Mahalini Yang Dulu” – Netizen Kecewa Lihat Penampilan Terbaru Mahalini Selepas Buat Pembedahan Hidung Di Korea

Kemunculan penyanyi popular Indonesia, Mahalini di Funtastic Day 2024 yang berlangsung baru-baru ini mencuri perhatian apabila wajahnya dikatakan mengalami perubahan ketara selepas melakukan pembedahan hidung akibat Sinus di Korea.

Berdasarkan perkongsian video yang tular di TikTok, Mahalini yang tampil dengan pakaian berona hitam yang dipadankan bersama gaun berwarna merah itu sedang melakukan persembahan di atas pentas dan menyanyikan lagu hitnya berjudul, Mati-Matian.

Pelik dengan penampilan raut wajah penyanyi itu, rata-rata warganet berasa kecewa apabila mendakwa, Mahalini melakukan sedikit pembedahan dibahagian mukanya.

Malah, mereka berpendapat penampilan wajah yang mempunyai ciri khas Bali itu sudah hilang akibat pembedahan yang dilakukan termasuklah perubahan dibahagian hidung, kelopak mata dan juga bibirnya.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Mahalini tampil menjelaskan, bahawa dia melakukan pembedahan tersebut bukanlah bertujuan untuk kecantikan sebaliknya mahu merawat penyakit sinusnya.

Tidak habis disitu, suaminya yang juga penyanyi popular bersuara lunak, Rizky Febian juga terpalit dengan isu sama apabila bahagian hidung penyanyi itu dikatakan lebih mancung.

Namun, bapa Rizky yang juga pelawak terkenal, Sule dalam sebuah video terbitannya pernah meminta agar netizen mendoakan pembedahan sinus anaknya berjaya.

Sule mengesahkan mengenai perkara itu ketika pasangan berkenaan tidak menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Fab Foodies! Wed, 12 Sep 2018

Nangka Ke Durian? Chef Selebriti Terkenal Ini Pula Dikecam Netizen

Bagaimanapun, gambar durian tersebut telahpun dipadam. Namun, netizen kan cekap jalankan kerja mereka!

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

刘家昌915最后一次来马开唱

华语乐坛75岁「音乐教父」刘家昌睽违12年再度莅临马来西亚开唱!这除了是他首次于马来西亚举办万人演唱会,也将是最后一次在马来西亚以演唱会的形式与歌迷做音乐的交流。

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Enam Tahun Tanpa Lagu Inggeris, Bunkface Muncul Dengan SHIVER

Video muzik SHIVER akan mengetengahkan Sam sendiri sebagai fokus utama dan menampilkan aksi lagak ngeri dan kumpulan ‘Stunt Legend’ MAPS, Perak.

Events Wed, 4 Sep 2019

With Just RM49, This is a Definitely Must-Go For September Dates and Family Days!

Coming back bigger and better, Swiss Dream Circus of Switzerland is devising a perfecting conjoining hubs of impressive acrobats and bravery form circus performers from all corners of the world.

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Selamat Datang Buat Yuna !

Selamat Datang ke keluarga kami kata Ashraff Sinclair pada Yuna