Featured By: Atiqah Johari March 24, 2023 @ 12:56pm

Kembalikan Nasyid Klasik, ZAWFAN & Nazrey Johani Berpadu Suara Dalam “Bismillahir Rahmanir Rahim”

Kumpulan nasyid ZAWFAN mencipta lagu-lagu dakwah yang hanya menggunakan 100% pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan. Mereka bermatlamat ingin menghidupkan semula nasyid yang mereka rindui.

Nasyid yang hanya dinyanyikan dengan vokal harmoni diiringi kompang dan pergendangan sahaja. ZAWFAN percaya lagu dakwah sebegini dirindui masyarakat.

Bukan itu sahaja, ZAWFAN juga berjaya menghidupkan sebuah komuniti yang rindu akan lagu nasyid seperti kumpulan Raihan, Nadamurni dan The Zikr.

Susulan itu, ZAWFAN tampil dengan single kedua yang berjudul “Bismillahir Rahmanir Rahim” yang mana susunan muzik menggunakan 100% perkusi.

Sebelum ini, mereka muncul dengan lagu bertajuk “Rasul Kita” yang diterbitkan pada tahun 2021.

Kedua-dua single tersebut lirik ditulis oleh Sirr Muhammad dan Hafiz Tarmizi. Untuk susunan muzik, perkusi pergendangan digunakan dan disusun oleh Zufar Adzahan dan Fadzli Radzi.

Lebih menarik, “Bismillahir Rahmanir Rahim” turut menampilkan bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, Nazrey Johani.

Gabungan gubahan dan susunan beserta alunan vokal berharmoni di dalam lagu ini pasti mengimbau nostalgia pendengar kepada nasyid di era 90an. Melodi santai, ringkas dan lirik yang jelas serta rangkap chorus yang berulang sememangnya menjadi resepi yang menjadikan lagu ini mudah untuk dinyanyikan setiap lapisan umur masyarakat.

“Dari sudut pandang muzik, didapati lagu ini mengambil dari pelbagai unsur dan pengaruh antaranya Nusantara, Timur Tengah, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Ini bukan sesuatu yang asing dalam nasyid asalnya kerana ciri-ciri muzik Islam yang sejagat sifatnya seharusnya mengambil dan memanfaatkan seluruh tradisi kemanusiaan baik dari Timur mahupun Barat,” tambah Fadzli Radzi.

“Malah gabungan penyanyi utama kumpulan ZAWFAN, Yasir Tamizi dan bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, Nazrey Johani adalah satu kolaborasi suara yang padu dan sangat baik, kami rasakan. Vokal kedua-duanya saling melengkapi, dengan penyampaian yang sederhana berjaya menggamit pendengar pada irama yang asal seperti di awal kemunculan Raihan dahulu,” yakin Yasir Tarmizi.

Untuk makluman, “Bismillahir Rahmanir Rahim” diterbitkan oleh ZAWFAN sendiri dan akan diedarkan secara digital oleh Soofi Media. Ia boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music dan boleh didengari di IKIM.fm, ZAYAN dan radio-radio tempatan yang lain seluruh negara.

“Bismillahir Rahmanir Rahim” juga mempunyai muzik video yang boleh ditonton di saluran Youtube ZAWFAN.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

“Cuba Rampas Suami Saya, Tengok Apa Jadi”‘

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang?”

Events Mon, 2 Apr 2018

Adakah Komen Edry, Punca Ayie Tersingkir?

Cuba mempersembahkan kelainan pada konsert kali ini, juri tetap iaitu Edry Abdul Halim menyifatkan persembahan Ayie adalah sesuatu yang merepek

Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Hiburan Mon, 28 May 2018

Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Trending Tue, 22 Aug 2023

Individu Persoal Tak Hargai Isteri Pertama, Abang Tesla Dedah Punca Kahwin Dua

Hmm adil ke begitu? Semoga isteri pertamanya tabah

Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]