Featured By: Maya Basir May 31, 2023 @ 6:33pm

Kena Serang Didakwa Mirip Sami Buddha Baca Bismillah, Ini Penjelasan DSV – “Walaupun Saya Terpekik Terlolong…”

Terdahulu, tular sebuah video yang menyerupai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan wanita memakai sami Buddha yang menyebut lafaz ‘Bismillah’.

Memetik laporan Kosmo, DSV menjelaskan wanita di dalam video itu bukanlah dirinya seperti yang didakwa segelintir netizen.

Malah, usahawan berusia 52 tahun itu menegaskan dia tidak tergamak menyekutukan Allah SWT semata-mata demi ‘content’.

“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.

“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.

“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Pada masa sama, dia tidak ambil peduli dengan kecaman netizen kerana dia tidak melakukan perbuatan itu.

“Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya.

“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya.

Selain itu, anak perempuannya iaitu Cik B turut membalas video tersebut dan mengesahkan bahawa itu bukan ibunya.

“I can confirm that it’s not her,” ujarnya.

@cikb_havoc #stitch with @bie’lan@Loso i can confirm that it’s not her😭 @QU PUTEH BARULAH PUTEH #viral #fyp #joke ♬ original sound – cikb_havoc66

Berdasarkan carian di Internet, wanita itu merupakan seorang penyanyi kelahiran Turkiye bernama Bulent Ersoy dan beragama Islam.

Kedatangannya di Nepal disambut meriah sehingga penduduk di sana menyembahnya ketika dia berkunjung ke sebuah kuil di sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Takut Diserang Strok Kali Kedua, Esma Daniel Nekad Berhenti Merokok

Harapnya kesihatan abang Esma makin sihat Amin🤲🏻

Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Trending Tue, 24 Aug 2021

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

So, korang jangan cetus sebarang kontroversi lagi ek!

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Events Sun, 27 Mar 2022

JAIS Benar Rapatkan Saf Solat & Tarawih 20 Rakaat Bermula 1 April Ini

Alhamdulillah, berita baik buat rakyat Selangor

Featured Fri, 28 Dec 2018

Si Kecil Susah Nak Makan Ubat? Nah! ‘Pancing’ Mereka Dengan 6 Cara Ini

Entah kenapa budak tak suka makan ubat, walhal ubat kanak-kanak rasanya sedap!

Events Sat, 2 Mar 2019