Hiburan By: SGMS Faida August 31, 2019 @ 4:00pm

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

 “Kalau benarlah ia gimik yang dirancang, kenapa dia tidak melakukannya dengan artis yang lebih popular daripada saya. Saya bukan sesiapa yang dapat membantu menaikkan populariti lagu dia,” kata penyanyi Baby Shima mengenai isu ‘teguran’ lagu baharu usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.
 
Akui Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, dia hanya memberi pendapat jujur mengenai lagu terbaharu usahawan terkenal itu. 
 
“Dia meminta pendapat orang ramai mengenai lagu barunya di Instagram. Saya cuma berikan pendapat saya secara peribadi, tapi dia pula melenting tak tak tentu pasal,” katanya.
 
Tambah bekas peserta program D’Academy Asia musim ketiga ini, dia tidak takut dengan sindiran Aliff yang dilakukan di laman Instagram, baru-baru ini.
 
” Saya tak takut sebab saya tahu, saya tak salah,” katanya kepada Harian Metro. 

Ditanya sama ada usahawan kosmetik itu sudah membuat permohonan maaf, Shima memaklumkan ada.

“Dia ada membuat permohonan maaf tapi bukan secara peribadi dan hanya kongsikan di Instagram. Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa,” katanya.

Dalam pada itu, Shima kini sedang membuat persiapan untuk pelancaran single terbarunya, Pura Pura Bujang yang akan dilancarkan, Selasa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Feb 2023

Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Wahh, dah jumpa pengganti. Paling best anak dan kekasih Fizi boleh jadi geng!

Featured Tue, 18 Jul 2023

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Haa, ingat tu pentingnya tanda baca, kang lain pulak jadinya🤣🤣🤣

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Henry is Leaving SM Entertainment and Possibly Super Junior-M Too!

What will be the fate of Super Junior-M now? And where will Henry go to?

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

Selebriti Sun, 24 Mar 2024