“Kena Terima Dan Jalani Sakitnya, Barulah Kita Lupa Akan Cintanya”- Bella Astilah Positif Tangani Konflik Rumah Tangga

Walaupun berdepan dengan kontroversi rumah tangga, penyanyi Bella Astillah dilihat semakin tabah menempuh kehidupannya apabila dia kini semakin sibuk dengan undangan nyanyian.

Kata Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia mengaku sehingga ke hari ini, sokongan keluarga amat penting sekaligus sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi konflik yang berlaku.

“Macam saya pernah cakap, sokongan keluarga tu sangat penting. As time goes by, saya sentiasa bersikap positif sebab itu boleh membantu kita untuk melalui kehidupan. Jadi, ia tidak akan menjadikan kita moody atau down sebab itu akan effect kita punya kehidupan.

“Jadi pada saya, saya selalu cakap dengan diri saya sendiri,  kita kena menerima dan menjalani sakitnya barulah kita akan lupa cintanya. Ianya adalah satu fasa,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Melodi.

ARTIKEL BERKAITAN:”Fitnah! Macam Mana Boleh Terfikir Idea Sampai Tahap Ni”- Ruhainies Tuduh ‘Sailang’ Tawaran ‘Job’, Bella Astillah Buka Mulut … Sedia Tunjuk Bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN:Rezeki Tak Putus Walau Diasak Kontroversi… Bella Astillah Anggap Komitmen Kerja Bantu Positifkan Diri, Nekad Mahu Move On

Terdahulu, Bella mendakwa suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah berlaku curang sebanyak 11 kali terhadapnya.

Malah, dia tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh individu wanita asal Singapura iaitu, Sarah Yasmine terhadap beberapa tangkap layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies sebelum ini.

Baginya, bukti tersebut dapat mempengaruhi keputusan di Mahkamah kelak.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Aliff yang dikatakan terikat dengan penggambaran drama.

Pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai ketika sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

 

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

17 hours ago