Hiburan By: Salma Syahbuddin May 2, 2018 @ 7:40am

Kenapa Agaknya Janna Nick Pilih Lelaki Sederhana?

Pelakon dan juga pengacara Melodi ini, mengakui bahawa dirinya itu takut didekati oleh lelaki kaya. Kenapa agaknya? Bagi Janna Nick sendiri, beliau tidak mahu dianggap sebagai artis yang terlalu mudah dibeli dengan kemewahan dan wang ringgit. 

Menurutnya, sekiranya hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana wang bukanlah penentu kebahagian seseorang.

“Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya, Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakkan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit.” Lagipun saya memang tidak bergaul dengan golongan seperti itu. mLah, mereka sendiri dapat merasakan bahawa saya sangat sukar dijerat dengan kemewahan.” Jelasnya

Saya tidak kisah kalau bakal suami saya nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh menjaga dan membantu bisnes saya . Kalau malas, saya tendang sahaja.” Katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Sephia baru-baru ini.

Ketika disentuh mengenai isu terhadap sikap terbukanya berkawan dengan golongan LGBT, Janna menegaskan bahawa sebagai seorang ahli perniagaan, beliau sama sekali tidak boleh membataskan pergaulannya. 

“Orang ada bisnes seperti saya tidak boleh memilih kawan kerana saya menjual produk. Lagipun produk saya sesuai untuk semua kerana harganya murah. Jadi, lagi ramai kawan, lagi bagus untuk mereka mengembangkan bisnes saya.” Tambahnya 

Kepada semua peminat Janna Nick, nampaknya pelakon dan pengacara kegemaran korang ni maju lagi setapak kehadapan dengaan bisnes terbarunya. Alhamdulillah! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Events Sun, 3 Nov 2019

人妻「李太太」杨丞琳感谢粉丝不离不弃!

「全能天后」杨丞琳暌违6年再度来马开唱,担任演唱会总策划的她,亲自调整歌单,并为不设Encore环节临时加唱2首歌送大马粉丝福利。

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Tue, 15 May 2018

Melania Trump Masuk Hospital

Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu.

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 8 Feb 2024