Hiburan By: SGMS Faida August 1, 2018 @ 11:24am

Bekas Kekasih Harap Justin Bieber Cepat Kahwin?

Kejutan Justin Bieber yang memilih bertunang dengan model cantik, Hailey Baldwin, 9 Julai lalu bukan hanya memeranjatkan peminatnya malah bekas kekasihnya juga. Sudah tentulah kan, nama pun ex-girlfriend.

Tetapi penyanyi Selena Gomez yang sudah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber memberitahu dia amat berharap Justin berkahwin secepat mungkin.

Lapor Hollywoodlife.com, jika perkahwinan itu diadakan dalam masa yang terdekat ini, segala tanda tanya dalam fikiran Selena akan berakhir.

Menurutnya, dia banyak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan Justin dan Hailey lebih-lebih lagi dalam soal perkahwinan.

Kata sumber, “ Jangan salah faham, Selena sudah lama move on dan bahagia dengan kehidupannya sendiri,”

Pasangan selebriti popular ini dikhabarkan sudah di fasa terakhir persiapan perkahwinan namun kedua-dua belah pihak masih belum memberi sebarang kepastian mengenai perkara itu. Sabarlah ya Selena!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 17 May 2018

Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!

Amy Nurtinie atau nama sebenarnya Amy Nurtinie Abdul Aziz telah diangkat sebagai Juara Ikon Wanita Melayu pada tahun ini selepas pengacara Karl Shafek mengumumkan nama beliau pada acara Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam baru-baru ini

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

“Cari Saya Di Padang Mahsyar!” – Sissy Imann

Tak baik tau! Siapa cari pasal dengan Sissy ni?

Hiburan Tue, 28 Jun 2022

“Such A Vibe” – Netizen Puji Persembahan Santai Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz

Konsep persembahan ‘open air’ Dayang Nurfaizah mencuri tumpuan peminat.

Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

SOFI JIKAN TAK MAHU PANJANG CERITA

Sofi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.