Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Selepas lagu duet beliau bersama Datuk Siti Nurhaliza menjadi trending dilaman Youtube, kali ini Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Tidak membeli baju raya bukanlah bermaksud beliau tidak gembira mahu menyambut aidilfitri yang bakal tiba kurang beberapa hari sahaja lagi, tetapi Khai sendiri mengakui, baju raya yang bakal digayakan oleh beliau semuanya hasil daripada pemberian peminat-peminatnya. 

“Setakat ini sudah 12 pasang baju melayu yang saya terima dan dimaklumkan masih ada peminat yang sudi menghadiahkan pakaian untuk digayakan pada musim raya nanti. Saya sangat beruntung kerana mempunyai peminat yang begitu baik hati. Saya akan pakai semua baju itu nanti, memandangkan saya perlu mengahadiri pelbagai acara termasuk rumah terbuka selepas raya nanti. Ia juga sebagai tanda saya menghargai setiap pemberian mereka.” Katanya

Begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman sempena hari raya ini, Khai mengakui sudah mengambil cuti selama 8 hari untuk merayakan aidilfitri pada tahun ini.

“Tahun ini kami sekeluarga memilih rona ungu. Selain untuk mak dan ayah, saya juga meneyediakan kelengkapan hari raya untuk adik yang masih bujang. Ada sedikit peruntukan saya sediakan kerana saya tidak mahu berlebih-lebihan.”

“Mengenai perancangan untuk melakukan rumah terbuka seperti tahun lalu, rasanya saya tidak sempat memandangkan masa agak suntuk.” Jelasnya.

Salma Syahbuddin