Keputusan Rayuan Mahkamah Telah Diputuskan, Nor Hidayah Minta Ali Puteh Tidak Lengahkan Pembayaran

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah memanjatkan rasa syukur apabila keputusan rayuan mahkamah berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah telah diputuskan .

Menerusi perkongsian di Instagram, Nor Hidayah memuat naik foto dirinya di hadapan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Malah, dia turut berharap agar adik iparnya, Ali Puteh tidak melengahkan urusan pembayaran yang diperintahkan mahkamah.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.

“Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkmah yang telah ditetapkan,” kongsinya.

Tambah Hidayah lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dia dan keluarga serta berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” tutupnya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen menolak rayuan Ali Puteh berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah berjumlah RM60,000 terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh… Diperintah Bayar RM60,000

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.

Khairil Khusyairi