Hiburan By: Khairil Khusyairi November 3, 2022 @ 4:40pm

Keputusan Representasi Ditangguh, Yasin Sulaiman Optimis Dengan Sebarang Keputusan

Pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memperoleh representasi antaranya mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dikemukakan oleh penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.

Memetik laporan Sinar Harian, ketika prosiding di hadapan Hakim Jamaludin Mat, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, keputusan representasi itu belum diterima dan masih dalam pertimbangan.

“Kami belum ada jawapan dan memohon tarikh sebutan baharu untuk keputusan representasi ini.

“Pihak-pihak bersetuju tarikh sebutan akan datang ditetapkan pada 15 Disember depan,” katanya.

Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein berkata, pembelaan sedia maklum bahawa AGC dan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti representasi sebelum membuat keputusan.

“Namun, kami harap keputusan itu dapat diputuskan pada tarikh akan datang dan kami cadangkan tempoh sebulan daripada sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, hakim juga membenarkan prosiding ditangguhkan dan menetapkan keputusan representasi pada tarikh yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan mengesahkan ada menerima representasi melibatkan dokumen-dokumen perubatan yang agak komprehensif.

Sementara itu, Muhammad Yasin yang memakai baju T berwarna putih ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, dia menaruh harapan yang tinggi terhadap permohonan yang dikemukakan dan yakin dengan kebijaksanaan pendakwaan untuk membuat penelitian.

“Saya sangat optimis dan mengharapkan belas kasihan daripada pendakwaan,” katanya ketika di luar mahkamah sambil diiringi pihak polis ke lokap mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac 2023, yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Pada 6 Julai lalu, Muhammad Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac lalu dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Wafiy Mengaku Tak Minat Nyanyi Lagu Jiwang

Boleh mengacara, bernyanyi dan berlakon, Wafiey menjalani kehidupan dengan jadual harian padat sejak usia lima tahun lagi.

Events Tue, 25 Jun 2019

Hael Husaini Salah Buat Pilihan?

Janganlah sedih okay Hael! Next time, cuba lagi

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Asyik Kena Buli Je, Haneesya Lancar Kempen…

Kes buli dah umpama barah dalam masyarakat. Sampai bila??

Trending Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah

setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30.

Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Trending Fri, 23 Apr 2021
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Trending Mon, 28 Jun 2021
Events Thu, 28 Feb 2019

| Live TV