Kerap Ditanya Soal Zuriat, Ini Respons Fazura -“Doakan Rezeki Bakal Tiba”

Pasangan pelakon popular, Nur Fazura dan Fattah Amin sering mencuri perhatian apabila kerap berkongsi momen manis bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya di media sosial.

Malah, melihat kepada gelagat keluarga kecil ini, ramai dalam kalangan peminat mendoakan agar Fazura dan Fattah segera dikurniakan dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki Tapi…” – Fazura & Fattah Amin Rancang Miliki Zuriat Kedua Tahun Ini

Menerusi perkongsian sebuah video pendek di Instagram, kelihatan Fazura bersama Fatima hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini sambil mengenakan pakaian berwarna sedondon, biru.

Bahkan, Fazura juga sempat menitipkan pesanan kepada peminat yang kerap bertanyakan tentang kehadiran zuriat kedua mereka.

“Fatima baru dua tahun setengah dan saya masih tak percaya dia adalah ‘mini me’ saya.

“Dan bagi yang bertanya bila nak ada second baby? Doakan rezeki bakal tiba. Mudah-mudahan. Aamin,” katanya.

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mendoakan agar aktres Pisau Cukur itu segera dikurniakan rezeki cahaya mata kelak.

“Saya mendoakan rezeki akan bakal tiba soon. Mudah mudahan.

“Semoga Allah perkenankan doa2-doa dan tertunai segala hajat.

” Semoga Faz dan Fattah dikurniakan more beautiful babies.

“Aamiin, lagipun Fatima dah nampak macam kakak-kakak dah.

“InsyaAllah semuga dipermudahkan Allah. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk second baby. Aamiin,” komen netizen.

Terdahulu, Fazura ada memkalumkan dia dan suami merancang untuk memiliki zuriat kedua pada tahun ini.

“Kami merancang untuk miliki zuriat kedua pada tahun ini memandangkan Fatimah akan mencecah usia 3 tahun tidak lama lagi.

“Dan, kalau ada rezeki kami mahu cahaya mata lelaki tapi, kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima yang penting bayi yang dilahirkan sihat,” jelasnya.

Salma Syahbuddin