“Kerja Betul-Betul… Bukan Setakat Cinta Lokasi, Beli Jiwa, Perform” – Tiz Zaqyah Titip Pesanan Pada Pelapis Baru

Pelakon versatil, Tiz Zaqyah tampil memberi nasihat kepada pelapis baharu terutamanya dalam bidang lakonan.

Menerusi perkongsian di platform X miliknya, Tiz berkata, mereka perlu menggalas tanggungjawab ketika bekerja dengan baik, bukan setakat mengharapkan rupa paras yang tampan dan jelita.

Dalam hantaran sama, aktres drama terkenal Nur Kasih itu mengakui, dia juga bermula dari bawah sehingga namanya ditolak oleh segelintir penerbit dek kerana dirinya ketika itu tidak popular.

“Wahai pelapis, cantik manis hensem macho. Kerja la betul-betul. Bukan takat muka masuk televisyen (tv).

“Jangan bergurau saja dekat set. Bukan setakat cinta lokasi, beli jiwa… perform.

“Aku pun mula dari drama TV, gaji kecil. Channel pun reject nama aku sebab aku nobody. But I prove them wrong,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Tiz dilaporkan pernah memasang niat untuk membuang tahi lalat di bibirnya dan ‘mencantikkan’ hidungnya.

Artikel Berkaitan: Melukis Beri Pengajaran Erti Kesempurnaan, Tiz Zaqyah Akui Pernah Berhasrat Nak ‘Cantikkan’ Hidung & Buang Tahi Lalat

Artikel Berkaitan: “Kami Memang Rapat Sejak…” – Tular Video Mesra Berpegangan Tangan & Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Artikel Berkaitan: “Banyak Content Creator Lelaki Masak, Kau Je Muka Tembok Lepastu Bebal” – Tiz Zaqyah Berang Masih Ada Lelaki Suruh Isteri Duduk Dapur Memasak

Aqilah Paharuzi