Featured By: Atiqah Johari December 30, 2022 @ 5:21pm

Kes Covid-19 Naik, Rita Rudaini Teguh Pendirian – “Tak Habis-Habis Cucuk, Itu Je Ke Korang Boleh Fikir”

Sejak kebelakangan ini, pertambahan kes Covid-19 di negara China berlaku gara-gara kerajaan mereka mengabaikan polisi ketat sifar Covid-19.

Susulan itu, berita tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai di seluruh dunia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihati orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun begitu, pelakon Rita Rudaini masih dengan pendiriannya untuk tidak mengambil sebarang vaksin atau dos penggalak seperti sebelum ini.

Malah, Rita memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk dikecam dengan tindakannya itu.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS) baru-baru ini, Rita yang digelar sebagai Ratu Anti-Vaksin turut menemplak pihak kerajaan kerana mencadangkan pengambilan vaksin berbanding menutup pintu masuk negara sebagai langkah berjaga-jaga.

Bukan itu sahaja, Rita turut menyarankan cara perubatan lain sebagai langkah rawatan dan pencegahan untuk Covid-19 seperti pengambilan vitamin, makanan tambahan (supplement) dan juga air rebusan cengkih.

Sebelum ini, Rita dengan lantangnya bersuara memaklumkan bahawa dia antara individu yang menolak pengambilan vaksin Covid-19 dan ekoran itu dia menerima kecaman dan kritikan hebat daripada orang ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Featured Tue, 2 Jun 2020
familuv Wed, 1 Apr 2020
Featured Thu, 7 Nov 2019

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Shweta Sekhon promosi kempen #yourbodyyoursay

Trending Tue, 28 Aug 2018

Bride DEMANDS RM6k From Each Wedding Guests or They’re Not Invited

She went absolutely crazy when people refused to give her the cash.

Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!