Featured By: Salma Syahbuddin February 7, 2023 @ 6:31pm

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew, Polis Rampas Telefon Firdaus Wong

Kes perbicaraan membabitkan gangguan seksual pendakwah bebas popular, Ebit Lew berlangsung hari ini dan saksi pendakwaan keenam memaklumkan ada membuat rampasan satu unit telefon bimbit milik pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Ebit Lew atau nama sebenarnya  Ebit Irawan Ibrahim, 37, hadir di Mahkamah Majistret Tenom dengan memakai pakaian serba hitam dan berkopiah putih.

Menurut Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak di bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Hirdawaty Isa, dia memaklumkan, telah menerima arahan dari pegawai penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri untuk menjalankan rampasan sebuah telefon bimbit milik salah seorang saksi pendakwaan,  iaitu Firdaus Wong pada 28 September 2021.

Tambahnya, telefon bimbit yang dirampas adalah jenis Iphone XS Max berwarna putih berserta satu kad sim Digi.

Pada prosiding 21 Disember lalu, Firdaus Wong memberitahu mahkamah, dia tidak mengetahui sama ada ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) ada menghantar gambar lucah kepada Ebit.

“Beliau (pengadu) memang tidak pernah memberitahu kepada saya. Malah, saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan.

“Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payudara ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) atau orang lain,” katanya pada prosiding itu.

Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi pemeriksaan semula perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom.

Untuk makluman, prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula hari ini sehingga 10 Februari depan.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 26 Jul 2019
Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Saya Tidak Didatangi Oleh Sesiapa…” – Debat Najib & Anwar Tidak Ada Libatkan Kerajaan, Kata Menteri K-KOMM

Debat Najib dan Anwar yang dikatakan berlangsung pada 12 Mei tiada penglibatan daripada kerajaan.

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

SINGLE TERBARU SYAMEL MEMUKAU

Walaupun baru dilancarkan di laman Youtube pada 14 Disember lepas, video ini sudah mencecah 200 ribu tontonan

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Sebelum Tambah Anak- Aeril Zafrel Mahu Pasti Stabil Dulu

Bukan tidak mahu menambah zuriat tetapi ingin stabil dari segala segi sebelum mempunyai penambahan keluarga. Inginkan semua lengkap dan cukup baru boleh.  “Saya dan Wawa tidak ada lagi perancangan untuk menambah anak yang ketiga dalam

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

| Live TV