Kesal Kehidupan Peribadi Jadi Perbualan, Shuib Buka Mulut Soal Baju Sedondon Dengan Usahawan – “Netizen Lebih Dahsyat”

Memegang status bapa tunggal, nama pelawak Shuib sering ‘dikenenkan’ dengan beberapa selebriti wanita seperti Zara Zya dan Wan Sharmila.

Nama Shuib sekali lagi heboh menjadi perbualan netizen selepas sebuah video tular memaparkan dirinya berpakaian ‘sedondon’ bersama seorang usahawan bernama Watie.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Sedondon Setiap Kali Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib? – “Setiap Gambar, Mesti Dia Like”

Menerusi temu bual bersama mStar, Shuib disoal mengenai hubungan sebenarnya bersama wanita berkenaan, namun bapa kepada empat anak itu memilih untuk tidak memberi sebarang respons dan berdiam diri.

Mengulas lebih lanjut, Shuib akan berkongsi sekiranya ada perkara baik yang berlaku dalam hidupnya.

“Malam tu saya pakai jacket hitam, baju putih. Kalau konsert biasalah pakaian sebegitu normal.

“Mungkin secara kebetulan saja tapi saya tak nak perbesarkan cerita ini sangat. Kalau ada berita-berita baik yang saya boleh kongsikan, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Shuib enggan memberi komen lanjut mengenai dakwaan segelintir netizen yang berkata Watie adalah wanita dimaksudkan sebagai pilihan ibunya.

“Saya rasa netizen lebih dahsyat, lebih pandai daripada penyiasat. Saya tak nak komen apa-apa. Kalau ada yang terlalu keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa pelik apabila kehidupan peribadinya seakan ditentukan oleh orang luar sehingga cuba untuk menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.

“Hidup penuh dengan kejutan, dugaan, ujian, tapi itulah.. kadang-kadang saya terasa sedihnya bila kehidupan saya ditentukan oleh orang luar.

“Saya tahu dalam diri saya masih ada lagi kesedihan, kadang kadang saya mencari rentak dalam hidup.

“Saya tak marah tapi kehidupan kita, biarlah kita yang tentukan sendiri.

“Saya minta maaf kalau saya ada lebih-lebih sebelum ni,” katanya.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi