Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 4:41pm

Sibuk Di Kolej Tak Halang Syafiq Popularkan Single ‘Sakit’

Baru berusia 19 tahun, pendatang baharu dalam dunia nyanyian Syafiq mahu membuktikan meskipun sibuk dengan pengajian, dia mahu all out dalam memastikan single terbaharunya berjudul Sakit diterima pendengar.

Kata Syafiq ketika ditemui XTRA, single sulungnya ini merupakan ciptaan Candy Rozie ini sebagai ‘salam’ pengenalannya kepada muzik Nusantara.

“ Saya masih berstatus pelajar di sebuah kolej di Brunei dalam jurusan perniagaan. Namun dalam masa sama, saya menyimpan impian besar agar lagu ini dapat diterima pendengar di Malaysia.

“ Lagu ini bukan sahaja menggambarkan citarasa muzik saya tetapi jenis genre yang ingin saya tawarkan. Saya harap ia menjadi pembuka jalan untuk peluang yang lebih besar.

“ Bila melihat kejayaan rakan-rakan segenara yang sudah mencipta nama dan melebarkan sayap seperti Jaz, Aziz Harun dan Fakhrul Razi yang menerima respon baik di sini, saya mahu lakukan perkara sama,” katanya optimis.

Tambahnya, Sakit mengetengahkan irama Jazz yang easy listening yang mana menceritakan tentang keresahan seorang lelaki yang berharap agar kekasihnya kembali untuk menyambung kasih mereka.

Dalam masa sama, penyanyi kelahiran Brunei Darussalam ini memaklumkan dia kini menjadi artis naungan WebTVAsia Sdn Bhd.

Wartawan: Nabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Wed, 7 Jul 2021

Sistem Kesihatan Di 4 Negeri Ini Akan Lumpuh Jika…

Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Bakal Jadi Ibu!

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh hamil. Tahniah Nina dan suami!  

LIFESTYLE Thu, 4 Oct 2018

Ismail, Fatimah Pilihan Nama Paling Popular Di Malaysia

Nama yang paling panjang tercatat untuk tahun lalu iaitu Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.