Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 12:19pm

Ketengah Tema Lagu Kahwin, Zero Bakal Keluar Single Selepas Raya Aidilfitri

Pelawak Sharif memaklumkan dia bersama kumpulan Zero bakal masuk ke studio rakaman untuk menyiapkan single pertama mereka tidak lama lagi.

Kata Sharif yang ditemui di konsert ketiga Bintang Bersama Bintang 2019, Sharif serta adik beradiknya Artu dan Syaiful merancang tampil dengan single selewatnya selepas Raya Aidilfitri.

“ Rancangan itu memang dah lama ada cuma menunggu masa sesuai. Saya dan Artu menetap di Kuala Lumpur manakala Syaiful berulang alik dari Sabah. Jadi kami sedang menetapkan masa sesuai untuk masuk ke studio rakaman.

“ Lagu sudah ada. Sebagai kumpulan pelawak, lagu kami juga menyelitkan elemen komedi tetapi liriknya berat dengan nasihat,” katanya kepada XTRA.

Menjadikan kumpulan Senario sebagai contoh, Sharif turut berkongsi konsep lagu yang bakal diketengahkan.

“ Sekarang ni kalau kita sedar, lagu kahwin seakan kurang. Ada tapi banyak lagu-lagu lama.

“ Kami mahu menggunakan kesempatan menghasilkan lagu yang sesuai dimainkan di majlis perkahwinan.

“ Kalau boleh, saya mahu lagu kumpulan Zero dikenali atau sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan,” katanya bersemangat.

Tambah Sharif, beberapa lagu yang mengangkat komedi berunsur nasihat ini berkemungkinan boleh didengarkan selepas Aidilfitri nanti.

Buat Sharif, tahniah bergelar juara mingguan di konsert minggu ketiga Bintang Bersama Bintang 2019 yang melayakkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Syukur, Alhamdulillah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Sun, 12 May 2019

Cabaran Bersaing Dengan BBNU, Dazrin Sanggup Tolak Nasi!

Alhamdulillah dengan saiz tubuh sekarang, saya menerima banyak tawaran berlakon.

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

易烊千玺与周冬雨主演《少年的你》大马终于定档!

由「金马」影后周冬雨伙搭当红小生易烊千玺领衔主演的《少年的你》确定于11月14日大马上画!

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Charissa Ong: From Heartbreak to Writing and Success

Charissa had always loved writing but never expected to make a career out of it.

Hiburan Thu, 30 May 2019
Trending Hari Ini Tue, 4 Aug 2020

Jom Semak Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Di Aplikasi myTNB !

Seperti yang kita sedia tahu,kerajaan telah menawarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang bertujuan meringankan beban pengguna domestik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Kesemua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati penggunaan elektrik percuma

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Featured Fri, 6 Jan 2023

Galak Menari Di TikTok, Netizen Risau Kelibat Lelaki Terpana Tengok Baby Shima – “Abang Tu, Amboi Mata Tak Kelip”

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sekali lagi tular di TikTok apabila galak menari sambil diperhatikan oleh seorang lelaki. @babyshimaofficial Betul ke nombor tiada penghujungnya? coba hitung di komen kalau begitu… nahhh begitu lah cinta ku padamu

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang

| Live TV