Hiburan By: SGMS Enal December 24, 2017 @ 3:02am

Ketepi soal jodoh, Hans akui penat

Selepas putus tunang pada Oktober lepas, pelakon kacak Datuk Hans Isaac enggan memikirkan lagi soal mencari pengganti. Alamak, jangan la macam tu Datuk…

Lelaki berusia 46 tahun memberitahu , tumpuannya kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.

“Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.

“Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti,” katanya.

Hans dalam perancangan untuk ke London, United Kingdom, April tahun depan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.

“Selama ini, saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya kepuasan diri.

“Saya sudah penat menggembirakan hati orang lain gembira. Selepas ini, saya mahu ke London untuk mengikuti kursus jangka pendek teater di sana.

“Cita-cita saya untuk mementaskan teater tempatan di panggung berprestij, West End.

“Mungkin dengan mengikuti kursus ini saya mampu memberi anjakan paradigma kepada pementasan teater tempatan, sekali gus merealisasikan hajat saya itu,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 May 2018

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

Featured Wed, 25 May 2022
Events Wed, 14 Aug 2019

《当时明月在》831播出!林奕廷老妆:连侄儿也说我像太婆

八度空间国庆日特备电视电影《当时明月在》8月31日播出!视后林奕廷剧中化老妆,连侄儿看后都说她像太婆。

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi