Khairul Aming Teruja Gordon Ramsay ‘Duet’ Video Masak, Ramai Luah Rasa Bangga! – “Dapat Pujian Macam Menang International Award!”

Personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa teruja apabila chef popular British, Gordon Ramsay tampil memberi reaksi video memasaknya di TikTok.

Dalam video berkenaan, Aming berkata dia mengikut resepi pencuci mulut daripada buku resepi chef terkemuka itu serta tidak menyangka akan meraih perhatian Gordon.

“Tadi aku bangun tidur lepastu ramai tagged bagi tahu Gordon Ramsay duet video masak. Seriuslah… Aku harap dia tak makilah. Aku takut dia marah.

“Sebenarnya aku cuba resepi dia yang burnt caramel sugar pudding.” katanya yang masih terkesima.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menumpang rasa gembira dan bangga atas kejayaan Aming yang dianggap satu pencapaian terhebat sepanjang kariernya.

Berdasarkan hantaran di Instagram, Aming memuat naik video duet tersebut mendapat kata-kata pujian daripada segelintir selebriti Malaysia seperti Alif Satar, Zulin Aziz, dan Fizo Omar.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 300,000 tontonan, 36,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Aqilah Paharuzi