Hiburan By: Del14 October 22, 2019 @ 9:17pm

Kim Kardashian Terima Hadiah Harijadi Paling Bermakna Dari Kanye

Selebriti Hollywood Kim Kardashian menyambut harijadinya yang ke-39 hari ini dan berkongsi kegembiraannya di laman instagram miliknya beberapa jam lalu. 

Kim mengucapkan terima kasih ke atas semua ucapan selamat harijadi yang di terimanya dan meluahkan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan pada hari istimewanya itu.

 Bintang Keeping Up With The Kardashians itu diraikan ahli keluarganya  dalam satu majlis yang diatur oleh ibunya, Kris Jenner dan suaminya, penyanyi rap, Kanye West. Restoran Armenian kegemaran Kim, Carousel telah dipanggil untuk menjadi katerer pada malam itu. 

Untuk rekod, mendiang ayah kandung Kim, Robert Kardashian merupakan generasi ketiga bangsa Armenian-American dan seorang peguam terkenal di Amerika. 

 Menurut Kim, selain daripada dilimpahi dengan bag-bag mewah, Kanye juga telah menderma satu juta dolar Amerika kepada pertubuhan kebajikan pilihan Kim. 

Pasangan selebriti Hollywood ini mempunyai empat cahaya mata, iaitu North dan Saint, yang dilahirkan oleh Kim, manakala Chicago dan Psalm West melalui ibu tumpang. 

Sumber foto: Instagram @kimkardashian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

Featured Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

Hiburan Tue, 5 Apr 2022