Hiburan By: Del14 January 6, 2020 @ 11:53am

‘King Coco’ Idola Riena Diana?

Pelakon baharu, Riena Diana tidak menyangka drama terbaru lakonannya, Kampung People yang sedang bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 mendapat sambutan hangat dari orang ramai sehingga ia menjadi ‘trending’ setiap kali disiarkan.

Pemilik nama penuh Nur Qamariena Diana Zulreal (22) itu juga meluahkan rasa gembira kerana percubaannya untuk membawa watak komedi berjaya menarik perhatian ramai terhadap bakatnya.

“Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan. 

“Selama ini, ramai ingat saya hanya mampu membawa watak baik atau menjadi mangsa keadaan, namun karekter Laila yang ‘bimbo’ membuktikan saya boleh mempelbagaikan lakonan. 

“Secara peribadi, saya memang terkejut dengan reaksi penonton.  Ingatkan penonton benci, tidak sangka pula ramai yang suka.  Lebih membuatkan saya teruja, drama ini menjadi trending setiap kali bersiaran,” katanya kepada BH Online. 

Tambah Riena, dia menjadikan pelakon, Sharifah Sakinah dan personaliti media sosial, King Coco sebagai rujukan karekter ‘bimbo’ bagi menghidupkan watak Laila di dalam Kampung People yang juga dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Datuk Fizz Fairuz dan Hun Haqeem.  

“Pengarah memberikan cadangan supaya saya mengamati cara mereka bercakap, terutama ketika bertutur dalam bahasa Inggeris. 

“Namun, untuk mencipta kelainan dan tidak mahu terlalu terikut-ikut dengan gaya mereka, saya cuba bereksperimen dengan menambah huruf ‘S’ pada setiap hujung perkataan.  Alhamdulillah, ramai yang suka dengan apa yang saya lakukan,” katanya lagi. 

Keluarga Abu dan Minah dalam drama sensasi, Kampung People

Bakat yang dicungkil menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur  (DFKL) 2017 itu juga berkata sejak drama arahan Wan Hasliza itu menjadi popular, dia kini banyak menerima tawaran untuk membawakan watak komedi. 

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin merupakan drama pertama lakonan Riena selepas DFKL 2017 yang juga dibintangi oleh Raysha Rizrose dan Idris Khan. Namun, namanya mula dikenali selepas menjayakan watak Dr. Qhadeeja dalam drama rantaian popular, Nur, musim pertama di samping pelakon popular, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. 

Jangan lupa saksikan episod terakhir ‘Kampung People’ di slot Lestary TV3, Rabu ini, 8 Januari jam 9 malam! 

Kredit Foto: Instagram @rashidi_ishak & @rienadiana_

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Fri, 20 Dec 2019

城市巨响音乐节1月4日举行!台湾人气歌手9M88领衔26组歌手演出

第二届城市巨响音乐节1月4日举行,台湾人气歌手9M88领衔26组歌手展现音乐巨响力量!