Hiburan By: Padin April 9, 2022 @ 9:02pm

Kini Mummy Happy… Mas Idayu Nikah Penerbit TV3 September Ini

Penyanyi dangdut tersohor, Mas Idayu bakal bernikah dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada September ini.

Menurut penyanyi yang mesra disapa dengan nama Mummy ini, dia sudah mengenali Sufian sejak 2008 namun baru sahaja menjalin hubungan serius semenjak beberapa bulan lalu.

“Saya kenal dia bermula program Mentor 3, ketika itu saya merupakan mentor kepada Black. Sejujurnya, saya sendiri tak sangka akan melalui lagi fasa ini, apatah lagi selepas 15 tahun hidup dengan anak sahaja.

“Tapi, dua tahun kebelakangan ini, saya memang berdoa untuk bertemu jodoh yang baik-baik. Tak sangka jodoh saya adalah dalam kalangan orang yang selalu saya bekerjasama.

“Bermula dari usikan rakan-rakan ketika program Lagu Cinta Kita, saya sendiri tak sangka ia membawa kepada hubungan dan serius. Kelakar juga mengenangkan bila peserta LCK tak bertemu jodoh, kami pula yang bakal berkahwin September ini,” katanya.

Mummy ditemui di majlis berbuka puasa infaq Ramadan Dapur Pasak dengan Dr. Dhia dan anak-anak tahfiz bersama Putra Amaris dan Mas Idayu di SM Chicken Heritage sebentar tadi.

Berkongsi lanjut mengenai hubungan yang terjalin, Mummy mendedahkan Sufian sudah bertemu dengan kakak sulungnya.

“Tak ada istilah dia melamar atau mengajak saya kahwin. Kami faham isi hati masing-masing. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

“Ini bukan pasal kahwin sahaja. Saya happy kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Anak saya sendiri yang mengaturkan lokasi untuk kami bertemu empat kali.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja. Insya-Allah, saya mohon doa semua agar dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan berpisah pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Trending Wed, 21 Mar 2018

Tampil Mohon Maaf, Jurusolek Sambilan Mengaku Sebar Gambar Anak Tok Ti.

Seperti yang anda tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti telah melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu. Namun, berita kegembiraan tersebut menjadi kontroversi apabila gambar anaknya telah tular di laman sosial gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

Dapat Bayi Merdeka, Issey Fazlisham Sambut Kelahiran Anak Sulung

Pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, menyambut kelahiran anak sulung di Hari Kemerdekaan yang ke-64. Isteri Issey, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 1.48 petang […]

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“嫲嫲”李香琴淡近照曝光 行动不便定期做治疗

现年85岁的李香琴在2010年拍摄《公主驾到》期间意外晕倒后,就开始淡出娱乐圈,有传患上脑退化及高血压,多次在家中跌倒,导致行动不便,至今已有6年的时间,直到近期港媒公开了她的近况,让剧迷直呼想再看嫲嫲演戏。

Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

Trending Sun, 29 Dec 2019

| Live TV