Hiburan By: SGMS Faida October 30, 2019 @ 1:45pm

Kisah Cinta Zul Ariffin Tergugat Angkara Godaan?

Melihat kemesraan antara pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah terus ‘naik hantu’?

Eh…kenapa pula ni? Dalam diam Tiz memang mencintai Zul ke?

Jangan risau, ini hanya lakonan mereka dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang bersiaran menerusi slot akasia mulai 29 Oktober (semalam).

Drama adaptasi novel oleh Zaza Qry ini diarahkan oleh Osman Ali turut dibintangi oleh Kuza, Aleza Shadan, Lia Natalia, Adeline Tsen, Rahhim Omar, Zaki Azeman, Fahmi Reza, Zulhelmy dan ramai lagi.

Drama 28 episod ini mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra (Intan Najuwa) dan Adriz (Zul Ariffin) yang diuji dengan pelbagai dugaan.

Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi (Kuza) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya. Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina (Tiz Zaqyah) sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz? Pastikan anda ikuti kesudahan drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam di TV3.

Ikuti juga lama sosial Facebook, Twitter, Youtube, dan Instagram TV3 serta instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk informasi menarik drama Setelah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Popular ‘A.A’ Yang Kantoi Curang

Tak habis-habis lagi pasal kontroversi ni ye?

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Events Thu, 15 Nov 2018

Betul Ke Watak Penunggang Agama Beri Impak Negatif Kepada Masyarakat?

Dont judge a book by it’s cover ye netizen-netizen di luar sana. Periksa sebelum sebarkan sesuatu berita okay!

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…