Hiburan By: SGMS Faida February 23, 2019 @ 1:37pm

‘Kita Jumpa Di Mahkamah’- Zulin Aziz Berang Tokey Produk Kurus Guna Gambar Tanpa Izin

Pengacara Zulin Aziz berang apabila segelintir individu masih menggunakan wajahnya di kotak produk mereka bagi tujuan promosi.

Menerusi laman Instagramnya, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz berjaya menghubungi individu berkenaan seterusnya memberi amaran terakhir.

“ Saya tahu nak cakap macam mana lagi. Tolonglah peniaga di luar sana. Berniagalah dengan jujur. Banyak kali dah saya kena macam ini terlalu banyak kali ambil kesempatan.

“ Ambil keuntungan pakai muka saya tanpa kebenaran, tanpa saya pernah ambil pun produk tersebut. Lepastu awak tipu orang beritahu berat saya dari 98 kg turun ke 78 kg. Seumur hidup saya, berat tak pernah cecah angka itu,” katanya.

Zulin menegaskan dia juga sama seperti individu lain yang ada tahap kesabarannya dan dalam masa sama memberi peringatan terakhir.

“ Bukan saya saja tetapi sesiapa je kat luar sana tu, tolonglah. Tak apalah, untuk individu berkenaan kita jumpa di Mahkamah,” tulisnya.

Ini bukan kes pertama yang melibatkan namanya dikaitkan dengan testimoni ubat kurus yang tidak pernah digunakannya.

Tambah Zulin, sebelum ini, dia cuma berdiam diri sahaja melihat aksi peniaga tidak beretika.

“ Sudah empat produk kurus yang menggunakan gambar saya sebagai testimoni.

“ Selagi tak saman betul-betul, semua orang ambil kesempatan,” tegasnya.

Kenyataan itu disokong oleh pengikutnya di laman Instagram yang meminta Zulin mengambil tindakan keras terhadap pemangsa sebegini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 May 2018

东于哲出道9年首次亮相北京「终于实现了!」

出道九年的东于哲正式进军中国,携新歌《黑白说》亮相北京举办媒体见面会!发布会现场被精心布置成格斗舞台,东于哲全球首唱新歌,充满感染力的音乐唱出了大众的心声,也展现了自己的实力与音乐态度。

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Sat, 11 May 2019
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sat, 17 Aug 2019

Raihan, Alif Satar Siap Sedia Tawan Dua Lokasi September Ini

Raihan menjelajah lagi. Kali ini kemana agaknya?