Featured By: Khairil Khusyairi December 27, 2022 @ 5:53pm

“Kita Lah Mak, Kita Lah Bapa” – Amelina Syukur Pengorbanan Besarkan Anak-Anak Tak Sia-Sia

Penyanyi dangdut popular, Amelina meluahkan rasa syukur dengan pengorbanannya membesarkan anak-anak tidak sia-sia selepas bergelar ibu tunggal.

Menerusi hantaran di Instagram, Amelina atau nama sebenarnya Nor Azlina binti Amir Sharipuddin memuat naik sebuah foto yang memaparkan dia dan puteri sulungnya, Puteri Nur’ Athirah.

“Setiap kali nak feeling-feeling muda je, tengok-tengok kat sebelah…I dah anak dara besar dah, adeh baru nak feeling.

“Bila tengok mereka dah besar-besar semua, Kak Long sangat bersyukur yang selama ini pengorbanan Kak Long tak sia-sia.

“Perjalan susah payah Kak Long terbukti. Syukur ke hadratmu Ya Allah,” tulis Amelina di ruangan kapsyen.

Pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini turut membalas komen warganet dengan berkata dia redha dengan ketentuan Ilahi apabila terpaksa besarkan anak-anak sendirian tanpa seorang suami di sisi.

“Orang yang nasib macam-macam kita ni, begitulah.

“Kita lah mak & kita lah bapak, itu ujian kita. Anggap je ujian yang kita terima ini ni Allah dah pilih.

“Sebab kita kuat, Insya-Allah, ada yang sweet Allah nak bagi kita nanti. Aminn. Terus kuat okay,” balas Amelina kepada seorang pengguna di ruangan balas.

Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 19 Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 21; Putera Al’ Affiq, 20; Putera Al’ Asyraff, 19; Puteri Nur’ Asyurah, 17; Putera Al’ Arffa, 15; dan Putera Al’ Amzar, 13.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

#Mentor7 : Persaingan Sengit Antara Protege Datuk Syafinaz Dan Aizat Amdan, Siapa Agaknya Pilihan Korang?

Nampak gayanya #Mentor7 kali ni, protege-protege semua memang gempak kan?

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

“Good Music Can Be Accepted Anywhere but Not in Malaysia…”

Award-winning singer slams Malaysian music scene.

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023